Page 62 - e-Dinamik
P. 62
PENGURUSAN KEWANGAN DI KALANGAN EKSEKUTIF MUDA
Oleh: Wan Muhd Faez Wan Ibrahim
Pengurusan kewangan menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kita. Setiap
hari kita akan membuat transaksi menggunakan wang dan di situlah bermulanya
kepentingan dalam menguruskan perbelanjaan kita. Seringkali kita mendengar kadar
kebankrapan tinggi di Malaysia adalah dari kumpulan eksekutif muda iaitu mereka yang
berada dalam peringkat umur 20 hingga 40 tahun. Kumpulan ini dikatakan mempunyai
tabiat berbelanja yang melampau tanpa membuat perancangan kewangan yang efektif.
Lebih menyedihkan lagi apabila ada di antara mereka tidak ada langsung simpanan untuk
masa hadapan.
Pengurusan kewangan yang baik haruslah mengambil kira beberapa perkara yang
penting. Pertama adalah pengurusan aliran wang. Proses ini memerlukan kita untuk
mengenalpasti aliran wang dapat dikategorikan dengan betul. Pendapatan atau aliran
wang masuk boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.
Pendapatan aktif bermaksud pendapatan yang kita dapat bagi setiap kali kita melakukan
kerja. Contoh golongan pendapatan aktif adalah jurutera, doktor, cikgu, pensyarah dan
sebagainya. Manakala, pendapatan pasif pula adalah pendapatan yang kita dapat apabila
kita melakukan sekali sahaja kerja tetapi kita tetap menghasilkan duit pada setiap masa.
Contoh adalah penyanyi yang menghasilkan album sendiri. Mereka akan menerima royalti
pada setiap masa selagi album mereka laku dijual. Hasil dari pendapatan ini kita
digalakkan menyimpan 10 peratus dari jumlah keseluruhan pendapatan tersebut. Jika
berlaku perkara tidak diingini pada masa hadapan sekurang-kurangnya kita sudah
bersedia dan mempunyai simpanan.
53