Page 69 - e-Dinamik
P. 69
LAPORAN AKTIVITI 3: JAMUAN RAYA JABATAN EKONOMI
Penulis: Juliana binti Mohamed Abdul Kadir
Jabatan Ekonomi UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
Majlis kecil dan ringkas, tetapi cukup terkesan di hati. Itu yang dapat dirasai oleh semua
pensyarah Jabatan Ekonomi apabila dapat berkumpul bersama dengan rakan pensyarah
yang telah bersara dan cuti belajar. Majlis juga bertambah seri dengan kehadiran dua orang
pensyarah muda (PTFT) yang tidak kurang mesranya.
Jabatan Ekonomi Beraya itulah majlis yang dimaksudkan. Majlis telah diadakan pada hari
Rabu bersamaan 19 Jun 2019 di Bilik Sekretariat, UiTM Johor. Masing-masing gembira
dapat bertemu untuk berhari raya menyambut aidilfitri bersama dengan pelbagai juadah
enak yang terhidang seperti nasi impit, rendang, lontong, laksa johor, aneka kek dan
manisan serta juadah ‘potluck’ yang dibawa bersama.
Majlis selama 3 jam ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan untuk
keluarga kecil kami, Jabatan Ekonomi di UiTM Johor. Semoga persahabatan terus
berkekalan hingga ke akhirnya.
60