Page 74 - e-Dinamik
P. 74

KARYA ILMIAH 3: KAPASITI PERUT BAYI DAN KADAR SUSU

              Penulis: Diana’ binti Mazan, Aidarohani binti Samsudin, Bazri bin Abu Bakar
              Jabatan Ekonomi UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat


                Tahukah ibu-ibu, pentingnya memahami konsep keperluan susu ibu dan kapasiti perut
              bayi? Di awal kelahiran, kapasiti perut bayi hanyalah sebesar saiz guli. Oleh yang
              demikian, ibu-ibu tidak perlu risau akan kadar penghasilan susu pada ketika itu. Walau
              bagaimanapun, ibu-ibu perlu fokus terhadap penghasilan susu bagi menampung
              keperluannya kepada bayi mengikut tahap tumbesaran mereka.


                   Pada dasarnya, perut bayi akan berubah saiz selari dengan perkembangan fizikal
              mereka. Sebagai contoh, pada hari ketiga kelahiran, perut bayi akan membesar sebesar
              saiz sebiji kacang Walnut. Di mana pada ketika saiz ini, bayi memerlukan bekalan susu di
              antara 22-27 ml atau bersamaan 0.75 sehingga 1 oz untuk sekali susuan. Saiz ini akan
              berkekalan selama seminggu sebelum berlakunya perubahan pada kadar keperluan susu
              oleh bayi.

                  Kadar keperluan susu ibu meningkat kepada 45-60ml atau bersamaaan 1.5 hingga 2
              oz bagi setiap susuan apabila usia bayi menjangkau seminggu selepas kelahiran. Proses
              perkembangan saiz perut bayi berterusan selari dengan pertumbuhan fizikal bayi. Saiz
              perut bayi akan berkembang dan membesar menjadi sebesar saiz sebiji telur ayam.
              Perkembangan saiz perut bayi menyebabkan keperluan susu juga meningkat.
              Dianggarkan pada saiz ini, bayi memerlukan di antara 80-150 ml atau bersamaan 2.5
              sehingga 5 oz bagi setiap susuan.


                 Ibu-ibu yang menyusukan bayi secara terus juga perlu faham akan saiz dan keperluan
              jumlah susu ibu kepada bayi. Kekerapan bayi menyusu bukan sahaja dipengaruhi oleh
              saiz perut bayi malah juga dipengaruhi oleh kepantasan susu ibu itu dihadamkan oleh
              perut bayi. Kita sedia maklum, di mana susu ibu adalah satu-satunya susu yang mudah
              dihadam. Oleh itu, bayi yang hanya menyusu susu ibu akan cepat meminta dan kerap
              menyusu berbanding bayi yang menyusu susu formula.



















                                                                                                       65
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79