Page 77 - e-Dinamik
P. 77
KARYA ILMIAH 5: “EARTH OVERSHOOT DAY”
Penulis: Tan Yan Ling, Nur Adilah binti Saud
Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kampus Segamat
Tahukah anda tentang kewujudan Earth Overshoot Day? Earth Overshoot Day adalah
hari di mana penggunaan sumber alam untuk sesuatu tahun melebihi kapasiti yang boleh
dijana semula oleh bumi dalam tahun tersebut. Mengikut Global Footprint Network
National Footprint Accounts (2019), pada tahun 1970, Earth Overshoot Day berlaku pada
tanggal 20 December, manakala pada 10 tahun seterusnya hari berkenaan jatuh pada 4
November 1980, 11 Oktober 1990, 23 September 2000 dan 7 Ogos 2010 (rujuk Jadual 1).
Jadual: Tarikh "Earth Overshoot Day", 1970 – 2019
29-Dec-70 4-Nov-80 11-Oct-90 23-Sep-00 7-Aug-10
20-Dec-71 11-Nov-81 10-Oct-91 22-Sep-01 4-Aug-11
10-Dec-72 15-Nov-82 12-Oct-92 19-Sep-02 4-Aug-12
26-Nov-73 14-Nov-83 12-Oct-93 9-Sep-03 3-Aug-13
27-Nov-74 6-Nov-84 10-Oct-94 1-Sep-04 4-Aug-14
30-Nov-75 4-Nov-85 4-Oct-95 25-Aug-05 5-Aug-15
16-Nov-76 30-Oct-86 2-Oct-96 19-Aug-06 5-Aug-16
11-Nov-77 23-Oct-87 29-Sep-97 14-Aug-07 1-Aug-17
7-Nov-78 15-Oct-88 29-Sep-98 14-Aug-08 29-Jul-18
29-Oct-79 11-Oct-89 29-Sep-99 18-Aug-09 29-Jul-19
Source : https://www.overshootday.org/newsroom/past-earth-overshoot-days/
Keadaan ini menunjukkan berlakunya peningkatan penggunaan sumber pada setiap
tahun. Jika dilihat pada tahun 2019, Earth Overshoot Day adalah yang terawal berlaku
dalam tempoh empat dekad kebelakangan ini iaitu pada 29 Julai. Ia menunjukkan kadar
penggunaan sumber adalah 1.75 kali lebih cepat daripada apa yang boleh dijana semula
oleh bumi.
Kejadian seperti ini berlaku disebabkan oleh penebangan hutan secara besar-besaran,
hakisan tanah dan peningkatan populasi yang berterusan yang mengakibatkan
peningkatan karbon dioksida dan perubahan cuaca yang lebih kerap. Perubahan cuaca
akan mengakibatkan pemanasan global dan juga ketidaksembangan biodiversiti.
68