Page 111 - MAJALAH THE PIONEERS KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK EDISI 2021
P. 111
The
Terpahat di memori setiap warga dunia
Pada 18 Mac 2020
Kawalan pergerakan diisytiharkan seluruh negara
Suasana menjadi kacau seketika,
Netizen gundah gulana
Apakah malang yang menimpa ?
Virus Corona menyelinap di kota
Membunuh dengan kejam yang menjadi kluster
Rakyat mahrain dilarang keluar kota
Rakyat mahrain menjadi tertekan
Menempuh onak berduri bagai hati dihiris
Menjadi sengsara dalam hidup .
Dalam ketika kita duduk selesa
Mampu menikmati juadah pelbagai rasa
Doktor dan suster menjadi pahlawan hebat
Menghindari munsuh yang begitu durjana
Membantu pesakit tiada mengira masa
Bagai sinja yang menghadapi setiap rintangan.
Polis dan askar tidak kurang berjasa
Melawan munsuh tidak ketara
Mengawal segenap pelusuk daerah
Mengawal zon dan sempadan negara
Menyekat Corona virus yang durjana
Menjadi perisai untuk negara
Mereka wira tidak mengangkat senjata
bertarung nyawa tidak waktu dan tempat
Rakyat harus membantu
Memudahkan kerja adiwira kita
Sentiasa mematuhi perintah pemimpin
Menghentikan rantaian corona virus.
Nukilan : Philemon Muling Kumu
110
@Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021