Page 20 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 20

20



                     anjuran  sekolah. Format  atau  tatacara  pengendalian  fail PBS  adalah  sebagaimana
                     yang  telah  didedahkan  oleh  Guru  Besar  (Format  tersebut  boleh  dimuat    turun  dari
                     menu muat turun "Rupa & Isi Fail PBS).

               12.0. PEMANTAUAN / PENCERAPAN
               12.1. Pengajaran dan Pembelajaran
               12.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali
                     dalam setahun secara rasmi.
               12.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan  Penolong-penolong Kanan.
               12.1.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
               12.1.3. Guru dinasihatkan berbincang menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
               dicerap.
               12.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing2.
               12.1.5. Semua Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan dicerap oleh Guru Besar.
               12.2. Pengurusan Panitia
               12.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya bawah pengawasan KP MP berkenaan.
               12.2.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
               12.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di
               bilik PK 1.
               12.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal, dan Pelan
               Operasi.
               12.2.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort
               tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
               12.2.6. KP bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi
               tahun berikutnya.
               12.2.6. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan
               peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
               12.3. Bilik-bilik Khas
               12.3.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
               berdasarkan
               Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
               12.3.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;
               - Surau                                      - Bilik PJ    - Bilik 1M1S      - Bengkel RBT
               - Makmal Sains              - Bilik Seni   - Bilik PSS            - Bilik SPBT
               - Bilik Kaunseling          -Bilik J-qaf   -Makmal Komputer     - Bilik SAL
               12.3.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.
                12.3.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan
                     dengan jelas bagi setiap bilik khas.
               12.3.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif,
                     selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.
               12.4. Jawatankuasa Pemantauan
               12.4.1.   Guru Besar.                      12.4.2.   Penolong Kanan Pentadbiran.
               12.4.3.   Penolong Kanan HEM.              12.4.4.   Penolong Kanan Ko Kurikulum.
               12.5. Penyeliaan Buku Latihan Murid
                12.5.1.   Tugasan murid akan dicerap 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan
                     dilakukan
               12.5.2.   Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang
                     diajar untuk semakan jawatankuasa.
               12.6. Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid
               12.6.1.   Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa.
               12.7.2.   Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata
                       pelajaran bahasa.
               12.7.3.   Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu.
               12.7.4.   Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata pelajaran
                       Sains dalam seminggu.
                12.7.5.   Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian
                       dengan tajuk /unit semasa yang sedang diajar dalam 1 semester.
               12.7.6.   Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains.
               12.7.7.   Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25