Page 17 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 17
17
DASAR KURIKULUM
1.0. LATAR
BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah
ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia, aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah
Kerian serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis
panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Methodist dalam memberi khidmat yang
berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah menjadi
tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan
tanpakrompomi.
2.0. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran
Malaysia, JPNi Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.
3.0 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem
dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.
3.3 Sebagai salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Kluster Kecemerlangan segala
ketetapan oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya.
3.4 Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam
pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa
untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan
semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak
mereka sebagai pelanggan.
3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik hendaklah diberikan keutamaan.
4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut
standard piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak
dan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan
diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam
fail panitia masing-masing.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum
tarikh mesyuarat dijalankan.
4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan
kebenaran guru besar sahaja.
5.0 STEM FAIL
5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersaiz 2 inci.
5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan
fai hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor
rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.
5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh PK Pentadbiran selaku
Setiausaha Kurikulum Sekolah.
5.2. Semua fail panitia diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran, ketua panitia hanya
simpan salinan fail sebagai “desk copy”