Page 21 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 21
21
12.7.8. Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
12.7.9. Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi komponen
- asuhan tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda)
- ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah) - adab dan akhlak islamiah - jawi
12.7.10. Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan
buku kerja melalui tatacara yang dibenarkan sebagai eviden bagi setiap unit
kemahiran yang menunjukkan pencapaian band oleh murid bagi setiap MP dalam
sistem KSSR .
12.7.11. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid hendaklah diserahkan kepada PK1
12.7.12. Guru Besar dan PK 1 akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru MP dan Ketua
Panitia MP.
13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
13.1. Dasar perbelanjaan dan perolehan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
13.2. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya
dengan mengisi Lampiran PK 14/1 bagi mengemukakan cadangan pembelian buku dan
peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti
akhir tahun persekolahan semasa.
13.3. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
13.4. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun.
13.5. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang
diturunkan.
14.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.4. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran
BM, BI dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
14.5. Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan
pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku
Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu.
14.6. Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa
murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal.
14.7. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru bahasa.
14.8. Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa.
14.9. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.
14.10. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
15.1. Semua program utama yang berlangsung dalam PdP berdasarkan keperluan panitia.
15.2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
15.3. JK Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program akademik.
15.4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan untuk program akademik
15.5. Penglibatan semua penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan
Program Akademik.