Page 18 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 18
18
6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN
6.1. Sistem KSSR :
Modul Teras Asas : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.RBT , TMK
Modul Teras Tema : Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi dan Dunia Muzik.
Modul Elektif : Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
6.2. Sistem KBSR :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, Bahasa Arab Kominikasi, Pendidikan Muzik, Pendidikan jasmani, Pendidikan
Kesihatan, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Sivik dan
Kewarganegaraan.
6.3. Perhimpunan Rasmi (Isnin) :
Adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi
adalah wajib sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar.
7.0. SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru.
7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31
Januari tahun berkenaan.
7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;
i) Tajuk/Isi Pelajaran iv) KBKK
ii) Objektif v) Refleksi iii)Aktiviti
7.5. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal.
7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, rancangan tahunan
dan sukatan pelajaran setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan PdPc.
7.7. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri
kursus, perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahan
mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.
7.8. Menghabiskan Sukatan ;
i) Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa.
ii) Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi tahun semasa.
7.9. PAK 21 – semua guru perlu menggunakan kaedah pengajaran PAK21 dan hendaklah
kepada student centered / berpusatkan murid berdasarkan keperluan PAK 21 sendiri.
8.0. JADUAL WAKTU
8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang
berkuatkuasa semasa.
8.2. Tambahan waktu setiap MP dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen & kepakaran.
8.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk
perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.
9.0. GURU GANTI
9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru
Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada
papan notis dan Buku Pergerakan Staf dan mencatat di bahagian keluar masuk guru dalam
sistem .
9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual
waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu.
9.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
9.5. Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
9.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penolong Kanan Pentadbiran
9.7 Sekiranya Penolong Kanan Pentadbiran tiada, maka tugas untuk mencari guru ganti
diambil alih oleh penolong-penolong kanan yang lain.