Page 149 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 149

2.9     Program Bengkel Motivasi UPSR SK TAMAN Midah 2 – 5.8.16

               Pengenalan
               Tahap pencapaian akademik dalam kalangan Murid dapat memberi komitmen dalam memantapkan sahsiah dan
               meningkatkan  prestasi  akademik  pelajar.  Murid-murid  kelas  6  Ibnu  Sina  dan  6  Ibnu  Bathuta,  menimbulkan
               kebimbangan  pelbagai  pihak.  Pemerhatian  terhadap  murid-murid  ini  menunjukkan  mereka  kurang  motivasi
               ketika PdP dalam kelas dan tidak mununjukkan inisiatif untuk melakukan apa jua tugasan yang diberi dengan
               baik.  Mereka  juga  kurang  memberi  kerjasama  dengan  guru-guru  semasa  pdp  sehingga  menimbulkan
               permasalahan semasa guru mengajar Ini menyebabkan ramai murid gagal dalam peperiksaan. Para murid yang
               gagal dalam peperiksaan berkemungkinan besar akan memberi kesan pembelajaran mereka untuk persediaan
               UPSR dan menempuh alam persekolahan peringkat menengah. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan
               agar murid-murid dapat membuat persediaan daripada fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR
               dan meningkatkan sahsiah diri juga sebagai persediaan diri manarik minat motivasi belajar.







































               Objektif
                Mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh murid 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Bathuta.
                i.  Memastikan murid hadir ke sekolah setiap hari.
                ii.  Murid dapat memainkan peranan sebagai murid dalam kelas dan memantapkan sahsiah diri serta
                   menghormati guru.
                iii.  Meningkatkan tahap pencapaian akademik murid.

               Peserta
               Murid darjah 6 SK Taman Midah 2

               Impak
               Positif




                                                           149
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154