Page 152 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 152
2.13 Program Pementoran (Kakitangan)
Pengenalan
Pelaksanaan Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam adalah berasaskan Pekeliling Perkhidmatan
Awam Bilangan 18 Tahun 2005: Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam,
yang menyentuh Aplikasi Psikologi dalam Intervensi secara khususnya.
Objektif
i. Menggabungjalinkan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi pekerjaan yang sebenar di pejabat.
ii. Menangani masalah pengurusan diri di pejabat untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi.
iii. Menggunakan kemahiran berfikir dan kaedah pengurusan diri untuk menyelesaikan masalah serta
membuat keputusan yang rasional di pejabat.
iv. Menjalankan tanggungjawab di dalam dan di luar pejabat dengan yakin.
v. Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Peserta
Kakitangan bukan akademik IPG
Impak
Positif
2.14 Program I-CARE (PERASA) 19-20 Oktober 2016
Pengenalan
Sebagai sebuah unit yang berfungsi sebagai penyuntik asas kesejahteraan emosi, jasmani, rohani dan intelek
dalam kalangan warga kliennya, Unit Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Ilmu berusaha untuk membantu
institut dalam meningkatkan kualiti warga institut terutamanya peringkat pentadbiran dan Ketua Jabatan dan
Ketua Unit, khususnya dalam aspek penghayatan nilai integriti dan murni.
Kursus i-CARE ini beradaptasikan program PERASA yang berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan
asas kaunseling profesional. Pengamalan PERASA di semua peringkat organisasi telah dapat mewujudkan
keharmonian, keakraban, hormat-menghormati, mengenali potensi diri serta mewujudkan budaya kerja minda
kelas pertama.
(Berlandaskan Pekeliling Bil 18/2005 Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Garis Panduan
Pengupayaan Kendiri (PPK), Jabatan Perkhidmatan Awam, 2005.)
152