Page 155 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 155
11.17 UNIT PRAKTIKUM
Depan: En.Kamaruddin bin Yahaya
Belakang dari kiri: Pn. Nurul Afzan binti Hamzah, Pn. Salmiah binti Mohd Yusof, Pn. Nur Diyana binti Daud
PENGENALAN
Unit Praktikum IPG Kampus Ilmu Khas bertanggungjawab secara langsung perlaksanaan program latihan praktik
praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah
Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima semasa
pengajian di IPGM dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.
Unit Praktikum IPG Kampus Ilmu Khas diketuai oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Yahaya selaku Ketua Unit, Puan
Nur Diyana binti Daud sebagai Pegawai Pengurusan turut dibantu oleh Pembantu Tadbir Rendah iaitu Puan
Salmiah binti Mohd Yusof dan Puan Nurul Afzan binti Hamzah sebagai Pembantu Operasi
FUNGSI
Membantu institut dalam pelaksanaan mengurus kursus-kursus wajib di bawah Amalan Profesional (Program
Berasaskan Sekolah, Praktikum dan Internship) berasaskan program latihan perguruan masa kini.
OBJEKTIF
Mencapai sistem pengurusan dan penyampaian yang terancang, lancar, produktif dan tersusun dalam
pelaksanaan program Latihan Amalan Profesional.
Mencapai kebolehan merancang, membina menyedia dan menyebarkan maklumat berkait dengan
pelaksanaan program Latihan Amalan Profesional secara berkesan kepada para siswa guru dan staf
akademik.
155