Page 153 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 153

Objektif Program
                i.  Mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, bantu-membantu dan memahami sesama rakan di dalam
                    organisasi.
                ii.  Menyediakan  khidmat  yang  sistematik  sama  ada  formal  atau  tidak  formal  sebagai  saluran  berkongsi
                    pengalaman dan perasaan yang beretika.
                iii.  Mewujudkan kumpulan pemimpin yang mengamalkan budaya membimbing dengan penerapan nilai murni.
               iv.  Melahirkan generasi pemimpin yang memiliki towering personality bagi menghadapi arus kerjaya, keluarga
                    dan masyarakat pada era glokal.

               Peserta
               Kakitangan bukan akademik

               Impak
               Diteruskan untuk program akan datang



               2.15    Program Asas PRS dan Team Building Pelajar Baharu PRS (18 dan 19  Oktober 2016)

               Pengenalan
               Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Kaunseling
               di IPG KIK. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan
               rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan siswa guru yang terlatih dalam kemahiran asas menolong
               sangat penting untuk menguatkan lagi perkhidmatan ini.

               Objektif
                i.  Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri
                ii.  Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat
                   membina sikap positif.
                iii.  Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan
                   dan masyarakat IPG

               Peserta
               Siswa guru baharu PRSd IPGKIK

               Impak
               Diteruskan melalui Kursus Fasa 2























                                                           153
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158