Page 30 - Transformasi Praktikum IPG
P. 30
1.3.5 Refleksi
Selepas pelaksanaan PdP, pelajar perlu membuat penulisan refleksi berdasarkan isu atau
masalah kritikal semasa perancangan serta pelaksanaan PdP. Penulisan refleksi boleh
dibuat seperti yang berikut;
i. Refleksi ke atas tindakan;
ii. Refleksi semasa tindakan; dan
iii. Refleksi untuk tindakan
Semasa pasca penyeliaan atau bimbingan, pelajar boleh berbincang dengan pensyarah
atau guru pembimbing untuk menentukan tema yang perlu diberi perhatian semasa
penulisan reflektif. Jadual 1.7 di bawah menunjukkan aspek tema dalam amalan refleksi dan
wajaran setiap tema tersebut.
Jadual 1.7 Senarai Tema Dalam Komponen Refleksi Dengan Wajaran
Komponen Aspek Tema Fasa 1 Fasa 2
Refleksi ⁻ Catatan refleksi selepas PdP 30% 30%
⁻ Pemikiran reflektif (Penulisan
jurnal)
⁻ Pembinaan portfolio
Refleksi Pertengahan Praktikum 5% 5%
1.3.6 Kokurikulum
Selain daripada pengajaran di dalam kelas, pelajar juga perlu melibatkan diri untuk
mengendalikan aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian, perancangan kokurikulum perlu
disediakan mengikut tempoh mereka menjalani praktikum. Pelibatan pelajar dalam
kokurikulum akan diselia untuk kedua-dua fasa praktikum. Pelajar boleh berbincang dengan
pensyarah atau guru pembimbing untuk memilih tema yang akan difokuskan semasa
penyeliaan tersebut. Tema dalam kokurikulum adalah seperti yang disenaraikan dalam
Jadual 1.8 di bawah.
17