Page 29 - Transformasi Praktikum IPG
P. 29

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing tentang tema
               berkaitan amalan pedagogi masa kini yang ingin diberi tumpuan sama ada dalam Fasa 1

               atau  Fasa  2.  Jadual  1.5  di  atas  adalah  senarai  contoh  perincian  tema-tema  yang  boleh
               dijadikan fokus untuk penyeliaan pelajar.




                      1.3.4 Kemahiran Insaniah

               Kemahiran  Insaniah  (KI)  merangkumi  kemahiran  generik  seperti  kemahiran  komunikasi,

               pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran sosial-kerja berpasukan,
               pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika
               dan moral profesional, serta kemahiran kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh

               graduan  untuk  memenuhi  tuntutan  keperluan  pekerjaan  di  pelbagai  sektor  sama  ada  di
               dalam atau luar negara.


               Graduan  yang  memiliki  kemahiran  tersebut  akan  lebih  berketerampilan  serta  mampu
               berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan kelas pertama

               yang  dapat  menyumbang  kepada  kemajuan  organisasi  dan  pembangunan  negara.
               Sehubungan  dengan  itu,  semasa  praktikum  pelajar  boleh  memilih  salah  satu  kemahiran
               insaniah yang disenaraikan dalam Jadual 1.6 untuk dijadikan fokus penyeliaan.


                          Jadual 1.6 Senarai Tema Dalam Kemahiran Insaniah Dengan Wajaran


                     KOMPONEN                     ASPEK TEMA                     FASA 1     FASA 2


                                    •  Kemahiran Komunikasi
                                    •  Pemikiran Kritis dan Kemahiran
                                       Penyelesaian Masalah
                     KEMAHIRAN      •  Kemahiran Sosial – Kerja Berpasukan
                       INSANIAH     •  Pembelajaran Sepanjang Hayat  dan          10%         20%
                                       Pengurusan Maklumat
                                    •  Kemahiran Keusahawanan
                                    •  Etika dan Moral Profesional
                                    •  Kemahiran Kepimpinan













                                                             16
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34