Page 32 - Transformasi Praktikum IPG
P. 32
Untuk mengukuhkan aspek penilaian, proses bimbingan dilaksanakan sepanjang praktikum
melalui bimbingan secara bersemuka (face to face) dan dalam talian (maya). Bimbingan
bersemuka (face to face) dilaksanakan sebanyak sekali bagi bidang teras, elektif dan
kokurikulum. Pelaksanaan bimbingan secara bersemuka memerlukan pensyarah penyelia
hadir dan membimbing pelajar di sekolah.
Bimbingan dalam talian (maya) dilaksanakan sebanyak tiga kali bagi bidang teras dan dua
kali bagi bidang elektif dan sekali untuk bidang kokurikulum. Pelajar dikehendaki
memuatnaik Rancangan Pengajaran Mingguan, Rancangan Pengajaran Harian, lampiran
aktiviti dan akhir sekali refleksi bagi sesi PdP minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan
oleh Unit Praktikum. Pensyarah penyelia dikehendaki menyemak bahan yang telah
dimuatnaik dan memberi bimbingan bagi mengatasi masalah atau persoalan yang
dikemukakan oleh pelajar.
IPG dikehendaki melaksanakan sesi refleksi pertengahan praktikum ketika pelajar menjalani
praktikum. Pengisian bagi sesi refleksi pertengahan praktikum ini melibatkan pembentangan
pengalaman pelajar ketika mereka menjalani praktikum. Sesi refleksi ini melibatkan
pertemuan antara pelajar, pensyarah penyelia dan pihak pengurusan praktikum yang
diadakan pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pelajar diharapkan akan dapat berkongsi
pengalaman semasa menjalani praktikum dan memberikan pandangan serta pendapat yang
membina. Pelajar juga digalakkan untuk menyatakan pendapat terhadap penyeliaan dan
bimbingan yang telah mereka peroleh.
Pembentangan ini merangkumi refleksi semasa praktikum di mana pelajar menghubungkait
antara teori yang telah dipelajari di IPG dengan pengalaman mengajar semasa praktikum.
Aktiviti ini membolehkan pelajar membuat rumusan antara teori dan praktik. Pelaksanaan
sesi ini menyokong pendekatan Nexus Theory and Practices. Kaedah dan perincian
pembentangan portfolio ini adalah tertakluk kepada IPG.
Pemetaan Penyeliaan dan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2 dapat dirumuskan seperti
dalam Jadual 1.9
Jadual 1.9 Pemetaan Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2
19