Page 36 - Transformasi Praktikum IPG
P. 36

BAB 2


                                       PERMENTORAN BERSTRUKTUR


               2.0     Pengenalan


               Dalam  Bab  2  ini  akan  dibincangkan  dengan  terperinci  tentang  pelaksanaan  permentoran
               berstruktur  yang  dilaksanakan  oleh  pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  semasa
               pelajar IPG menjalani praktikum di sekolah.


               Permentoran berstruktur dalam bimbingan praktikum di IPG dilaksanakan berdasarkan satu

               struktur yang terancang, sesuai untuk diaplikasikan oleh para pensyarah penyelia dan guru
               pembimbing serta memenuhi semua keperluan pelajar. Permentoran berstruktur yang akan
               dibincangkan dalam Bab 2 ini meliputi Konsep Permentoran Berstruktur, Penyeliaan Klinikal,

               Bimbingan  Dalam  Praktikum,  Kemahiran  Menilai  dan  Memberi  Maklum  Balas,  dan
               Kemahiran Refleksi. Selain itu turut dibincangkan secara umumnya modul latihan yang perlu

               diikuti  oleh  pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  untuk  membolehkan  mereka
               memberikan  bimbingan  dengan  berkesan  dan  seterusnya  memberi  impak  kepada  kualiti
               pelajar setelah mereka tamat menjalani praktikum kelak.


               2.1     Konsep Permentoran Berstruktur


               Pementoran  merupakan  proses  yang  melibatkan  fasa-fasa  perkembangan  seperti
               perhubungan,  pementoran  dan  pengaplikasian  teori  perkembangan  kognitif  (Bey  &

               Holmes,1992). Dalam konteks IPG, konsep pementoran dalam praktikum merupakan satu
               proses yang kompleks dan mengandungi pelbagai dimensi dalam membimbing, mengajar,
               mempengaruhi dan memberi sokongan kepada pelajar.


               Secara umumnya tugas mentor adalah untuk memimpin, membimbing, dan menasihati guru
               yang baharu dan kurang pengalaman untuk menghadapi suatu suasana kerja berdasarkan

               perkongsian  pengalaman  dan  maklumat.  Sementara  itu  program  pementoran  dalam
               praktikum  di  IPG  memberi  peluang  kepada  pensyarah  yang  berpengalaman  untuk

               memimpin,  membimbing,  menasihati,  menjelaskan  hal-hal  peraturan  dan  pelaksanaan
               prosedur  sekolah,  berkongsi  kaedah,  sumber,  membantu  menyelesaikan  masalah  dalam
               pengajaran dan pembelajaran, memberikan sokongan secara personal dan profesional, dan






                                                           23
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41