Page 41 - Transformasi Praktikum IPG
P. 41

2.2.1  Objektif
               Penyeliaan klinikal perlu dilakukan oleh pensyarah penyelia, guru pembimbing dan pelajar

               untuk mencapai objektif seperti yang berikut:

                    i.  memperbaiki kelemahan PdP; dan

                   ii.  memperkembangkan potensi dan kemahiran.


                      2.2.2  Kitaran Penyeliaan Klinikal
               Penyeliaan  klinikal  di  IPG  dilaksanakan  berdasarkan  Model  Penyeliaan  Klinikal  oleh

               Glickman  et  al.  (2007).  Model  ini  sesuai  diaplikasikan  di  IPG  kerana  model  ini  telah
               mengemukakan  proses  penyeliaan  dengan  lebih  terperinci.  Terdapat  lima  langkah  yang
               tersusun  untuk  menjayakan  penyeliaan  klinikal  yang  berkesan.  Lima  langkah  tersebut

               melibatkan  prapemerhatian,  pemerhatian,  analisis,  pasca  pemerhatian  dan  analisis  pasca
               pemerhatian.


               Pada setiap peringkat, terdapat beberapa aspek yang perlu dibincangkan oleh pensyarah
               penyelia  dan  guru  pembimbing  bersama  pelajar  dengan  mewujudkan  hubungan  secara

               profesional bagi tujuan peningkatan kualiti pelajar seperti yang diharapkan. Proses tersebut
               dapat dilihat dalam Rajah 2.3


                                 PRAPEMERHATIAN                           PEMERHATIAN

                                                                  •  memerhati pengajaran guru
                         •  menjalinkan perhubungan               •  membuat catatan
                         •  menentukan strategi pengajaran        • membuat huraian
                            dan pembelajaran

                         •  meramalkan hasil pembelajaran
                         •  menentukan fokus

                            pemerhatian
                                                                             ANALISIS

                                                                    •  mengkategorikan data

                       ANALISIS PASCA PEMERHATIAN                   •  menentukan strategi pasca
                                                                      pemerhatian
                       •  membuat refleksi dan                      •  memikirkan soalan yang

                         menganalisis pasca                           akan dikemukakan kepada
                         pemerhatian           PASCA PEMERHATIAN      pelajar

                                          •  berbincang berdasarkan data

                                          •  membuat kesimpulan
                                          •  mengenal pasti strategi
                                            seterusnya

                                            Rajah 2. 3: Model Penyeliaan Klinikal
                          Sumber : Adaptasi daripada Supervision and Instructional Leadership:
                                     A  Development Approach, Glickman et al. 2007



                                                          28
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46