Page 46 - Transformasi Praktikum IPG
P. 46
iii) Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
patut dikuasai oleh seseorang guru.
Sementara itu keperluan pula adalah bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap
kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran PdP yang diharapkan. Maka agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:
Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan
Perguruan.
Keperluan ini merangkumi syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program
latihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini merangkumi program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan
penilaian.
Keperluan 3: Kolaboratif
Keperluan ini merangkumi permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan
kerajaan serta lain-lain institusi.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini merangkumi prasarana PdP, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum
kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini merangkumi semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa
terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang
digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan
menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
33