Page 45 - Transformasi Praktikum IPG
P. 45
Praktikum pula ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru di IPG. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di
sekolah. Pelaksanaan program praktikum ini memberi tumpuan kepada proses PdP dengan
bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan
permuafakatan antara agensi-agensi KPM.
Berdasarkan definisi tersebut, maka dapatlah dirumuskan bahawa bimbingan dalam
praktikum membawa maksud seseorang pembimbing akan membimbing pelajar untuk
mendapatkan pengalaman dan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan PdP
berdasarkan kemampuan dan keupayaannya. Melalui bimbingan tersebut akhirnya
diharapkan matlamat KPM untuk menghasilkan seorang guru yang kompeten dan
profesional akan tercapai.
2.3.1 Ciri-ciri Kompetensi Pembimbing Praktikum Berasaskan Standard Guru
Malaysia (SGM)
Dalam praktikum, pensyarah penyelia dan guru pembimbing akan dilantik menjadi mentor
kepada pelajar yang diselia. Justeru mereka perlu mempunyai ciri-ciri standard sebelum
melaksanakan sesuatu tugas penyeliaan praktikum. Standard Guru Malaysia (SGM)
dijadikan piawai memandangkan standard ini telah diperakukan oleh KPM dan perlu ada
pada setiap pendidik. SGM ini juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan
standard pendidikan di Malaysia.
SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard dan Keperluan.
Standard merangkumi tiga aspek seperti yang berikut;
i) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini merangkumi kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan
domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
ii) Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini merangkumi kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang
guru.
32