Page 47 - Transformasi Praktikum IPG
P. 47

2.3.2  Kompetensi Pembimbing Abad ke-21


               Pembimbing  pada  abad  ke  21  perlu  berkeupayaan  untuk  berkomunikasi,  berkolaboratif,
               berfikiran kreatif dan kritis, mampu melakukan inovasi serta mempunyai nilai-nilai seorang
               pembimbing yang berkualiti. Berasaskan SGM, pembimbing seharusnya mempunyai nilai-

               nilai  keguruan,  kelayakan,  kemahiran  pentaksiran  dan  penilaian,  kolaboratif  dengan
               pelbagai  pihak,  kemahiran  PdP,  keperluan  merancang,  melaksanakan  perancangan,  dan

               dapat menyokong dan membantu pelajar mencapai tahap kompetensi yang diperlukan oleh
               seorang guru.


                      2.3.3  Kemahiran Komunikasi Berkesan Semasa Membimbing


               Untuk  membolehkan  seseorang  pembimbing  memberikan  bimbingan  dengan  berkesan,
               maka  antara  kemahiran  yang  perlu  dikuasai  oleh  seseorang  pembimbing  adalah  seperti
               berikut;


                     i) Kemahiran Membina Hubungan


               Kemahiran  membina  perhubungan  ini  akan  membolehkan  pembimbing  memberi
               perangsang  kepada  pelajar  supaya  sentiasa  tenang  dan  berfikiran  positif.    Pembimbing

               mesti  berusaha  membina  suasana  persekitaran  yang  kondusif  lagi  meyakinkan  dan
               menunjukkan  kemesraan  kepada  pelajar.  Sesuatu  perhubungan  yang  baik  boleh

               diperhatikan melalui beberapa perlakuan mesra di awal pertemuan dan pelajar menunjukkan
               kesediaan untuk berkongsi masalah tanpa rasa ragu.



               Antara perkara yang perlu ada di dalam kemahiran membina perhubungan ini ialah;
                     • kemahiran membina suasana yang terapuitik;

                     • ruang untuk berkomunikasi;
                     • penampilan diri; dan

                     • ekspresi  muka,  kontak  mata,  pergerakan  tangan  dan  kaki,  nada  suara  dan
                           senyuman.










                                                           34
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52