Page 48 - Transformasi Praktikum IPG
P. 48

ii)    Kemahiran Mendengar


               Kemahiran  mendengar  merupakan  perkara  asas  yang  perlu  dikuasai  dengan  baik  oleh
               seseorang  pembimbing.  Secara  amnya,  mendengar  itu  adalah  satu  proses  yang  dinamik
               dan  pembimbing  harus  cuba  sedaya  upaya  untuk  memberi  sepenuh  tumpuan  dari  segi

               jasmani,  emosi  dan  perasaan  bagi  memahami  dan  mendapatkan  mesej  yang  hendak
               disampaikan secara berkesan.


               Dalam  proses  membimbing,  pembimbing  akan  memberi  tumpuan  kepada  dua  bentuk
               penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan. Tumpuan terhadap

               bentuk  lisan  melibatkan  usaha  pembimbing  untuk  memahami  mesej  yang  disampaikan
               secara  pertuturan,  sebutan  ataupun  ucapan.  Biasanya  mesej  secara  lisan  lebih  mudah

               difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya.

               Tumpuan  bukan  lisan  pula  memerlukan  pembimbing  mendapatkan  mesej  secara  tidak

               langsung melalui penggunaan bahasa isyarat yang ditunjukkan melalui pelbagai cara. Salah
               satunya  ialah  dengan  cara  memberi  tumpuan  kepada  mimik  muka  ataupun  pergerakan
               anggota  badan.  Mesej  yang  tersirat  ini  sebenarnya  membantu  pembimbing  untuk

               memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan secara lisan.

                     iii)   Kemahiran Membuat Refleksi


               Kemahiran  ini  memperlihatkan  sejauh  mana  pembimbing  boleh  membaca  mesej  atau

               maklumat  yang  hendak  disampaikan  oleh  pelajar.  Pada  waktu  yang  sama  pembimbing
               dengan menggunakan kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali mesej tersebut kepada
               pelajar.  Dengan  cara  ini,  pembimbing  boleh  membuktikan  kepada  pelajar  bahawa

               pembimbing sedang berusaha meneroka serta cuba memahami isu yang dikemukakan oleh
               pelajar.


               Pembimbing  perlu  berperanan  di  dalam  menyampaikan  komunikasi  secara  berkesan.
               Terdapat  dua  kemahiran  berkomunikasi  secara  berkesan  boleh  digunakan  semasa

               memberikan  bimbingan  kepada  pelajar.  Pertama  pembimbing  melaksanakan  peranan
               sebagai  fasilitator  dan  kedua  pembimbing  melaksanakan  peranan  sebagai  pembimbing
               yang berautoriti.






                                                           35
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53