Page 53 - Transformasi Praktikum IPG
P. 53
Penilaian pula bertujuan untuk memahami situasi pengajaran bilik darjah dan menambah
pengetahuan serta kegunaan pelbagai teknik pengajaran. Penilaian juga memberi peluang
yang sistematik kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran pengajaran dan dapat
memberi maklum balas mengenai pengajaran mereka.
Di samping itu penilaian juga dapat membantu pelajar menambah baik amalan kemahiran
pengajaran serta meningkatkan kualiti pengajaran yang dijalankan. Seterusnya penilaian
juga akan dapat membantu pelajar membuat penilaian terhadap perancangan serta
membuat pelan tindakan selanjutnya. Selain menilai, pensyarah penyelia dan guru
pembimbing juga boleh memberi bimbingan dan sokongan, maklum balas ke arah penilaian
prestasi serta memberi penarafan terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran pelajar.
2.4.1 Prinsip Penilaian
Penilaian dalam penyeliaan praktikum memerlukan pensyarah penyelia dan guru
pembimbing mengamalkan prinsip-prinsip penilaian seperti yang berikut:
i. Kesahan
Merujuk kepada penilaian dan aspek yang hendak diperhatikan dengan tepat sesuai
dengan persetujuan bersama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing dengan
pelajar semasa sesi penyeliaan klinikal.
ii. Objektif
Bebas daripada bias iaitu tidak dipengaruhi oleh pandangan peribadi, keturunan, rupa
paras, atau hubungan personal. Penilaian juga perlu berdasarkan kepada fakta dan data
serta merujuk kepada tahap dan kriteria tertentu seperti yang digariskan dalam buku Garis
Panduan Amalan Profesional IPGM 2019.
iii. Kebolehpercayaan
Suatu konsep yang merujuk kepada ketekalan dan kestabilan sesuatu ukuran atau
penilaian terhadap sesuatu gagasan. Kebolehpercayaan bertujuan untuk mengetahui sama
ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia digunakan untuk mengukur
konsep yang sama kepada populasi atau sampel / responden yang sama. Dalam hal ini,
alat penilaian dalam praktikum diharap akan dapat mengukur secara konsisten terhadap
amalan PdP. Oleh itu penilaian haruslah tidak bersifat subjektif, tidak dipengaruhi oleh
emosi dan tiada kesan halo. Bagi menjamin penilaian mempunyai kesahan, objektif dan
kebolehpercayaan, pensyarah penyelia dan guru pembimbing perlu mempunyai alat-alat
40