Page 56 - Transformasi Praktikum IPG
P. 56
2.5.1 Jenis-jenis Refleksi
Untuk membolehkan seseorang pelajar melakukan amalan refleksi dengan berkesan, Schon
(1987) telah mengemukakan tiga jenis refleksi yang boleh dilakukan dalam membuat
refleksi, iaitu;
i. Refleksi ke atas tindakan: refleksi terhadap praktis, tindakan dan pemikiran
seseorang selepas sesuatu sesi praktis;
ii. Refleksi semasa tindakan; refleksi terhadap fenomena, pemikiran dan tindakan
semasa praktis;
iii. Refleksi untuk tindakan; hasil yang diperlukan daripada kedua-dua jenis refleksi;
tujuannya adalah untuk memandu seseorang ke arah tindakan masa depan
2.5.2 Tahap-tahap Dalam Refleksi
Dalam melaksanakan amalan refleksi, menurut Van Manen (1977) dan Habermas (1973),
terdapat tiga tahap yang berlaku iaitu;
i. Tahap Satu: Refleksi Teknikal
Berkait dengan kecekapan dan keberkesanan sesuatu cara untuk mencapai penyelesaian,
tidak terbuka kepada kritikan dan pindaan.
ii. Tahap Kedua: Refleksi Praktikal
Terbuka kepada analisis cara penyelesaian, andaian, dan tujuan serta hasil, menerima
hakikat bahawa pemahaman sesuatu fenomena adalah terbuka kepada pelbagai
interpretasi dan tersirat dalam bahasa.
iii. Tahap Ketiga: Refleksi Kritikal
Mengambil kira kriteria moral dan etika (Gore & Zeichner 1991; Adler 1991), membuat
penghakiman sama ada aktiviti profesional mempunyai keadilan, kesamarataan dan
penghormatan kepada individu atau tidak, membuat analisis tindakan peribadi dalam
konteks politik-budaya dan sosio-sejarah (Smith & Lovat 1991; Noffke & Brennan 1988;
Zeichner & Liston 1987).
43