Page 57 - Transformasi Praktikum IPG
P. 57
2.5.3 Langkah-langkah Dalam Membuat Refleksi
Untuk membolehkan amalan refleksi dilaksanakan dengan baik dan berkesan, maka
langkah-langkah berikut perlulah diikuti, iaitu:
i. Pilih Isu/Peristiwa
• Sesuatu yang tidak berjalan lancar dalam pelajaran atau sesuatu yang berjalan
dengan baik;
• Dalam fasa perancangan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian dalam suatu
pelajaran;
• Aspek pengurusan bilik darjah atau aspek-aspek kegunaan alat pengajaran/ teknik
pengajaran atau pengurusan masa dalam bilik darjah.
ii. Huraian Isu
• Empat soalan "W" ditangani
• Siapa yang terlibat?
• Apakah keadaan, keprihatinan atau isu-isu?
• Bila peristiwa berlaku?
• Di mana peristiwa berlaku?
iii. Analisis Isu
• Tanya “Mengapa" terhadap huraian dalam langkah sebelum ini;
• Tanya “Bagaimana" hubungan isu dengan amalan pengajaran perlu ditangani.
iv. Menilai
• Tiga langkah sebelum ini telah anda hurai dan analisis pengalaman, bukti atau
aktiviti;
• Penilaian kendiri berlaku di sini apabila anda mengintepretasi aktiviti atau bukti dan
menilai kesesuaian dan impak;
• Adakah tindakan/ tingkah laku sesuai? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?
v. Transformasi / Tindakan Susulan
• Langkah ini merupakan peluang penting untuk perkembangan apabila anda gunakan
pengertian hasil daripada refleksi dalam membaiki dan mengubah amalan anda.
44