Page 59 - Transformasi Praktikum IPG
P. 59
i. memulakan refleksi (Ralph, 2000);
ii. memberi cadangan kepada isu atau aspek yang dibincang (Ramli, 2006);
iii. gaya atau format penulisan (Adibah 2002; Richert, 1990);
iv. panduan menulis refleksi (Toh, 2001);
v. kriteria penulisan yang kabur (Sparks, Simmons, Pasch, Colton & Starko, 1990);
vi. sikap penyelia yang tidak banyak membantu (Aziz & Sharmizal Suhaidal, 2009).
vii. guru pembimbing jarang atau tidak pernah memberi sebarang bimbingan berkenaan
dengan kemahiran membuat refleksi (Noor Azlan & Mei, 2011);
viii. menggunakan cara tradisional dalam membimbing guru pelatih tentang aspek nilai
sahsiah dan tanggungjawab dalam tugas guru, menerusi nasihat dan kritikan
tanpa merujuk kepada catatan refleksi yang telah dibuat (Ponnudurai, 2002;
Seldin, 1997).
ix. menentu atau memilih masalah, merancang langkah-langkah, melaksanakan
langkah-langkah dan membuat refleksi dalam penulisan jurnal (Mohd Johan &
Othman, 2005).
2.5.6 Penambahbaikan Amalan Pengajaran Secara Kreatif dan Inovatif
Setelah dapat melaksanakan refleksi dengan berkesan, pelajar sepatutnya mampu untuk
membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran secara kreatif dan inovatif. Untuk
tujuan tersebut, antara langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan penambahbaikan
dalam amalan pengajaran adalah seperti yang berikut;
i. Mendefinisikan tugasan
• cuba kenal pasti keperluan guru dan melihat apa yang ingin dicapai dalam
situasi pengajarannya;
• anda perlu jelas tentang tujuan anda untuk mencapai hasil yang disasarkan.
ii. Sumbangsaran
• dalam langkah ini perbincangan adalah bebas supaya tidak mengongkong
pemikiran;
• apa yang dianggap tidak logik tidak diabaikan kerana idea inovasi biasanya
terhasil daripada idea yang tidak realistik;
46