Page 64 - Transformasi Praktikum IPG
P. 64
nasihat dari pensyarah penyelia, manakala pensyarah penyelia pula boleh memberi nasihat
atau maklumbalas untuk diperbaiki.
3.2.2 Pemerhatian
Penggunaan rakaman video merupakan salah satu alternatif bimbingan yang akan
digunakan sekiranya bimbingan bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Pelajar akan memuat
naik rakaman video PdP ke dalam e-Praktikum dan pensyarah penyelia akan memberikan
bimbingan berdasarkan rakaman tersebut.
3.2.3 Analisis
Pada fasa ini, pensyarah penyelia akan menggunakan borang bimbingan sebagai instrumen
berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sama ada secara bersemuka atau tidak
bersemuka. Pensyarah penyelia juga akan mengunakan borang penilaian untuk menilai
tahap PdP pelajar berdasarkan skala dan skor yang terdapat dalam instrumen penilaian.
3.2.4 Sidang Pasca Pemerhatian
Fasa ini melibatkan perbincangan secara dua hala. Pensyarah penyelia memberi maklum
balas terhadap permasalahan sepanjang praktikum berlangsung. Semua persetujuan dan
maklum balas dicatatkan di dalam borang bimbingan bertujuan menambahbaik pelaksanaan
PdP seterusnya.
3.2.5 Analisis Sidang Pasca Pemerhatian
Proses penulisan jurnal merupakan salah satu keedah yang diamalkan dalam proses
penambahbaikan PdP. Pelajar akan menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk
memperbaiki PdP yang telah dijalankan. Pensyarah penyelia juga dapat melihat perubahan
serta perkembangan PdP pelajar hasil daripada penulisan jurnal.
3.3 Pengguna-pengguna Sistem
e-Praktikum merupakan portal yang akan menempatkan sistem bimbingan dan penilaian
praktikum IPG yang dikenali MyPoroms. e-Praktikum akan ditempatkan di pusat pengkalan
data KPM dan dikawal selia sepenuhnya oleh pegawai IPG Tugas utama meraka adalah
memastikan agar e-Praktikum berjalan dengan baik, lancar dan selamat. Setiap kampus
mempunyai ‘Uniform Resource Locator’ (URL) secara berasingan dan bertanggungjawab
terhadap sistem masing-masing.
51