Page 61 - Transformasi Praktikum IPG
P. 61

bertema. Peningkatan kompetensi pembimbing ini akan dicapai pembelajaran khusus yang
               telah dibangunkan oleh IPGM.


               Melalui  program  latihan  yang  telah  dirangka,  tujuh  modul  Pementoran  Berstruktur  yang
               disediakan. Modul tersebut adalah seperti berikut;


                     i) Modul 1: Praktikum Bertema

                     ii)   Modul 2: Permentoran Berstruktur
                     iii)   Modul 3: Penyeliaan Klinikal
                     iv)   Modul 4: Bimbingan Dalam Praktikum

                     v)    Modul 5: Kemahiran Menilai dan Memberi Maklum Balas
                     vi)   Modul 6: Kemahiran Refleksi

                     vii)   Modul 7: e-Praktikum

               Melalui  tujuh  modul  latihan  ini,  pelbagai  pendedahan  akan  diberikan  kepada  pembimbing

               dalam program permentoran atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada
               pembangunan kompetensi pembimbing. Dengan adanya latihan ini, adalah diharapkan para
               pembimbing akan dapat melaksanakan usaha peningkatan kendiri dengan menambahkan

               kemahiran  memberikan  bimbingan,  mempraktikkan  pengetahuan  memberikan  bimbingan
               dan  berkongsi  pelbagai  idea  dan  pengalaman  dengan  pelajar  melalui  sesi  permentoran
               yang dilaksanakan kelak.



               2.6     Rumusan

               Berdasarkan keseluruhan perbincangan yang diberikan dalam Bab 2 ini, adalah diharapkan

               para pembimbing akan dapat melaksanakan program permentoran dengan lebih berstruktur
               ke arah membawa perubahan dan peningkatan kemahiran mengajar para pelajar semasa
               mereka  menjalani  praktikum  di  sekolah  kelak.  Melalui  program  latihan  yang  dilaksanakan

               dengan menggunakan tujuh modul, adalah juga diharapkan bahawa para pembimbing akan
               berupaya  meningkatkan  kompetensi  diri  dan  melakukan  pembelajaran  berterusan  untuk
               menggalakkan  pembangunan  diri,  penguasaan  pengetahuan,  kemahiran,  kreativiti  dan

               inovasi,  dan  seterusnya  berkongsi  kepakaran  dan  pengalaman  bersama  dengan  pelajar.














                                                           48
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66