Page 65 - Transformasi Praktikum IPG
P. 65
Pengurusan data akan dikendalikan di peringkat kampus masing-masing. Kampus diberi
tanggungjawab untuk mengemas kini semua data seperti data pensyarah, data pelajar,
penempatan sekolah praktikum dan lain-lain data mengikut keperluan kampus.
Pada umumnya terdapat empat pengguna utama e-Praktikum di peringkat kampus iaitu
pengurus sistem, pensyarah penyelia, pelajar dan pemantau. Berikut adalah huraian
pengguna-pengguna e-Praktikum.
Rajah 3. 1: Sistem Umum Rangkaian e-Praktikum
3.3.1 Pengurus Sistem
Terdapat dua ketegori pengurus sistem iaitu di peringkat IPGM dan kampus. Pengurus
sistem di IPGM bertanggungjawab terhadap keseluruhan sistem dan memastikan sistem
berjalan dengan lancar dan selamat. Pengurus sistem di peringkat kampus pula
bertanggungjawab mengemaskini semua maklumat yang diperlukan dan mendaftarkan
semua pengguna seperti pensyarah penyelia dan pelajar.
52