Page 62 - Transformasi Praktikum IPG
P. 62

BAB 3 e-PRAKTIKUM


               3.0     Pengenalan


               Praktikum  dilaksanakan  bertujuan  untuk  memberi  peluang  kepada  pelajar  untuk
               mengamalkan  pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai  keguruan  secara  reflektif  dalam  situasi
               sebenar di sekolah. Sepanjang tempoh praktikum, pelajar akan dibimbing dan diselia oleh

               pensyarah penyelia dan guru pembimbing berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal di
               mana  aktiviti  penyeliaan  bermula  dengan  prapengajaran  diikuti  dengan  pengajaran  atau

               pemerhatian dan diakhiri dengan pasca pengajaran.

               Perkembangan  penggunaan  TMK  masa  kini  juga  dapat  dimanfaatkan  sebagai  salah  satu

               kaedah  penilaian  perkembangan  kemenjadian  seorang  guru  baharu  di  IPGM  (Ashikin,
               Ruhizan & Yasin, 2015). Semua rekod, laporan dan aktiviti pelajar, guru pembimbing dan

               pensyarah  penyelia  akan  disimpan  dalam  sistem  pengkalan  data  yang  dapat  diakses
               dengan lebih mudah.


               Dengan inisiatif beberapa pakar pengaturcaraan IPG, satu portal bimbingan dan penyeliaan
               praktikum  telah  dibangunkan  dan  dikenali  sebagai  e-Praktikum.  e-Praktikum  yang
               dibangunkan  tersebut  akan  menyokong  dan  memantapkan  konsep  penyeliaan  klinikal

               supaya bimbingan dan penyeliaan dapat diberi secara berterusan kepada pelajar (Abd Aziz,
               2014; Sulaiman et al., 2003; Collin & Karsenti, 2012).


               Diharapkan  melalui  pembangunan  Sistem  Pengurusan  e-Praktikum,  kualiti  kemenjadian
               bakal  graduan  IPG  dapat  dipertingkat.  Ini  kerana  bimbingan  secara  berterusan  dapat

               dilakukan  sepanjang  tempoh  parktkum.  Kekangan  masa  dan  jarak  yang  sering  dihadapi
               sebelum  ini  dapat  diatasi  dengan  wujudnya  e-Praktikum.  Akhirnya,  langkah  proaktif  telah
               dilaksanakan  untuk  menjadikan  bimbingan  atas  talian  menjadi  kenyataan  dengan

               mewujudkan e-Praktikum.










                                                           49
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67