Page 60 - Transformasi Praktikum IPG
P. 60

iii.      Menyenaraikan semua idea
                          •   selepas  menjana  seberapa  banyak  idea  yang  boleh,  idea-idea  ini  akan

                              disenaraikan untuk ditapis;
                          •   idea-idea  yang  dianggap  sebagai  tidak  praktikal  boleh  dikeluarkan  dari
                              senarai  idea  supaya  satu  senarai  idea  yang  berpotensi  untuk  dijadikan

                              inovasi dijanakan.


                    iv.       Menilai
                          •   senarai idea ini perlu dinilai dan dikembangkan;
                          •   dalam  proses  ini  idea-idea  yang  tidak  berpotensi  untuk  dikembangkan

                              sebagai inovasi akan dicantas;
                          •   melalui proses ini idea-idea disenaraipendekkan.


                     v.       Melaksana
                          •   pada langkah ini idea yang berpotensi untuk dijadikan inovasi dikenal pasti

                              dan terangkan usaha untuk merealisasikan idea ini.

               Berdasarkan  keseluruhan  perbincangan  ini,  dapatlah  dirumuskan  bahawa  melaksanakan

               amalan  refleksi  selepas  sesuatu  pengajaran  sangat  penting  untuk  dilakukan  oleh  pelajar.
               Dengan  adanya  amalan  refleksi  yang  berkesan,  pelajar  akan  dapat  melaksanakan
               penambahbaikan dalam pengajaran mereka yang seterusnya.



               2.5     Latihan Pembangunan Kompetensi

               Untuk  membolehkan  setiap  pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  melaksanakan

               pementoran  dan  bimbingan  praktikum  dengan  berkesan,  maka  mereka  semua  perlu
               diberikan latihan khusus dalam aspek pementoran dan bimbingan praktikum. Dalam proses
               menyampaikan  maklumat  berkaitan  praktikum  berstruktur  ini,  maka  semua  pensyarah

               penyelia  dan  guru  pembimbing,  sama  ada  yang  baharu  mahupun  yang  lama,  perlu
               mengikuti siri latihan yang telah dirancang oleh IPGM.


               Bagi  mencapai  matlamat  tersebut,  IPGM  turut  telah  memberi  penekanan  kepada  semua
               aspek  yang  perlu  dikuasai  oleh  pembimbing.  Program  latihan  pembangunan  kompetensi

               pembimbing  ini  perlu  dilakukan  kerana  ia  merupakan  satu  proses  pemindahan  ilmu
               pengetahuan secara berstruktur, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk
               memenuhi  keperluan  dan  tuntutan  semasa,  khususnya  berkaitan  dengan  praktikum




                                                           47
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65