Page 58 - Transformasi Praktikum IPG
P. 58

2.5.4   Kepentingan Membuat Refleksi


               Kajian terhadap refleksi melibatkan pelbagai aspek. Kebanyakan subjek yang ditemu bual
               dalam kajian mengakui kepentingan catatan refleksi yang boleh digunakan sebagai rujukan
               dan  membantu  merancang  untuk  tindakan  lanjut  (Jamaludin  et  al.,  2006).  Berdasarkan

               kajian-kajian  lepas,  didapati  bahawa  antara  kepentingan  mengadakan  amalan  refleksi
               adalah seperti berikut;


                       i)     membentuk tabiat membuat refleksi (Ivylenda, 2007; Hashim & Mohd. Daud,
                              2001);

                       ii)    strategi  penyelesaian  masalah  yang  dibincangkan  dalam  membuat  refleksi
                              dapat  membawa  perubahan  dan  meningkatkan  keupayaan  guru  untuk

                              membuat penambahbaikan (Dieker & Monda, 1995);
                       iii)   kolaboratif  antara  pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  dengan  guru
                              pelatih  akan  dapat  membantu  guru  pelatih  untuk  berfikir  pada  tahap  yang

                              lebih  tinggi melalui  catatan  refleksi  yang  telah  dilakukan  (Siens  &  Ebmeier,
                              1996);
                       iv)    amalan refleksi dapat meningkatkan profesionalime diri guru (Boon, 2008);

                       v)     refleksi,  nasihat  dan  bimbingan  berterusan  dapat  meningkatkan  tahap
                              profesionalisme guru (Clement & Vandenberghe, 2003; Che Mohd Norazizul,
                              2007);

                       vi)    amalan  menulis  refleksi  akan  dapat  membantu  meningkatkan  keupayaan
                              guru pelatih (Loughran & Corrigan, 1995);

                       vii)   memudahkan penambahbaikan PdP (Said, 2001);
                       viii)   boleh  digunakan  untuk  tujuan  perbincangan  profesional  dengan  penyelia
                              (Noor Azlan & Sh. Aklima, 2010).


               Berdasarkan  perbincangan  di  atas,  maka  dapatlah  dirumuskan  bahawa  amalan  refleksi

               sangat  penting  dilakukan  oleh  pelajar  kerana  melalui  amalan  refleksi  mereka  dapat
               membuat  penilaian  kendiri,  berfikir  secara  analitik,  kritis  dan  kreatif,  menganalisis  aktiviti
               pengajaran pembelajaran di sekolah, mencari alternatif dalam membuat keputusan, mencari

               jalan penyelesaian dan mengubah tingkah laku untuk menjadi lebih baik.


                      2.5.5   Isu dan Masalah Dalam Melaksanakan Amalan Refleksi

               Dalam  konteks  latihan  keguruan,  antara  masalah  yang  dihadapi  oleh  pelajar  dalam

               melaksanakan amalan refleksi adalah seperti berikut;

                                                           45
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63