Page 54 - Transformasi Praktikum IPG
P. 54

pengukuran  yang  lengkap  dan  sah.  Antara  alat  pengukuran  yang  digunakan  dalam
               penilaian praktikum adalah Borang PR1 dan PR2.


                     iv)   Menyampaikan Maklum Balas
               Maklum  balas  dalam  praktikum  dilakukan  dalam  fasa-fasa  tertentu  melalui  proses

               bimbangan  dan  penyeliaan  klinikal.  Fasa  pertama  adalah  fasa  prapemerhatian  yang
               bertujuan  mewujudkan  kefahaman  yang  menyeluruh  dan  mengikut  langkah-langkah  bagi

               setiap  peringkat  penyeliaan  yang  akan  berlaku.  Peringkat  ini  juga  digunakan  untuk
               menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama antara pensyarah penyelia dan
               guru  pembimbing  dengan  pelajar.  Fasa  seterusnya  adalah  fasa  pemerhatian  yang  mana

               pada peringkat ini  pembimbing memerhati pengajaran yang disampaikan oleh pelajar dan
               mengumpul data.


               Pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  juga  menyediakan  huraian  data  untuk
               dibincangkan  semasa  sesi  bimbingan.  Seterusnya  pensyarah  penyelia  dan  guru

               pembimbing  perlu  membuat  analisis  terhadap  perkembangan  pengajaran  pelajar  dengan
               menjelaskan  apa  yang  telah  dicatat  semasa  pemerhatian  dengan  memberi  fokus  kepada
               apa  yang  telah  dipersetujui.  Selepas  selesai  sesuatu  sesi  pengajaran,  sidang  pasca

               pemerhatian  dilaksanakan.  Pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  juga  boleh
               berbincang  bersama-sama  pelajar  tentang  pengajaran  dengan  merujuk  kepada  perkara
               tertentu dalam pelajaran, mencari penerangan atau penjelasan dan mengenal pasti alternatif

               yang boleh dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit.


               Berdasarkan huraian ringkas itu tadi, dapatlah dirumuskan bahawa kemahiran pemerhatian
               dan  memberi  maklum  balas  juga  merupakan  antara  kemahiran  yang  perlu  dikuasai  oleh
               pensyarah penyelia dan guru pembimbing. Oleh yang demikian, setiap pensyarah penyelia

               dan guru  pembimbing  perlulah  menguasai kemahiran  ini  dengan  baik agar maklum  balas
               yang  diberikan  kepada  pelajar  dapat  memberi  makna  dan  seterusnya  usaha

               penambahbaikan dapat dilakukan oleh pelajar yang berkenaan.

               2.5     Kemahiran Refleksi


               Refleksi adalah satu proses penerokaan dan penemuan terhadap pengalaman sendiri yang

               boleh membawa hasil pembelajaran yang tidak dijangka. Seseorang yang membuat refleksi
               akan  berfikir  tentang  peristiwa  yang  dilaluinya  atau  cuba  memahami  dan  mencari
               pengajaran  daripada  pengalamannya  (Schon,  1993).  Proses  penerokaan  melalui  amalan

               refleksi tersebut melibatkan tindakan seperti merancang, memantau dan menilai pemikiran

                                                           41
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59