Page 51 - Transformasi Praktikum IPG
P. 51
digunakan apabila fungsi pelajar berada pada tahap yang sangat rendah. Pelajar tidak
mempunyai kesedaran, pengetahuan dan tiada keinginan untuk bertindak. Pelajar juga
seolah-olah belum bersedia untuk melaksanakan praktikum sepenuhnya.
B) Pendekatan BimbinganTingkah Laku Terarah Bermaklumat
Pendekatan ini memerlukan pembimbing bertindak sebagai sumber maklumat kepada
pelajar untuk membuat penambahbaikan dalam pengajaran. Pembimbing mengenalpasti
matlamat yang hendak dicapai dan mengarahkan pelajar melaksanakan aktiviti yang dapat
mencapai matlamat berkenaan. Pembimbing menstrukturkan arahannya dalam bahasa yang
mesra dan mudah difahami pelajar. Pembimbing mestilah cukup mahir, berkeyakinan dan
berautoriti dalam bidang yang berkenaan. Pendekatan ini digunakan apabila fungsi pelajar
berada pada tahap sederhana. Pelajar juga kurang pengetahuan dalam bidang berkenaan
dan mempunyai tahap keupayaan yang rendah untuk menangani masalahnya secara
sendirian. Sebaliknya pelajar berkeyakinan tinggi terhadap kredibiliti pembimbing.
C) Pendekatan Bimbingan Tingkah Laku Kolaboratif
Pembimbing dan pelajar berkongsi keinginan untuk menyelesaikan masalah. Pembimbing
menggalakkan pelajar menyatakan persepsi dan idea. Keputusan diambil berasaskan
perbincangan dan pertukaran idea. Perbezaan pendapat antara pembimbing dan pelajar
tidak disekat, tetapi dicari kata sepakat untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan ini
digunakan apabila fungsi dan perkembangan pelajar semakin menggalakkan. Pembimbing
dan pelajar saling bekerjasama dalam proses membuat keputusan.
D) Pendekatan Bimbingan Tingkah Laku Tanpa Arahan
Pendekatan ini digunakan apabila keyakinan pelajar terhadap perubahan telah jelas
kelihatan. Mereka juga berupaya berfikir dan bertindak sendiri. Keputusan boleh ditentukan
oleh pelajar. Pelajar telah menunjukkan pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam
amalan praktikum. Mereka telah boleh mengambil tanggungjawab penuh untuk membuat
keputusan. Pembimbing hanya membantu pelajar jika mereka memerlukan pandangan
daripada pembimbing. Pembimbing tidak menyuntik idea dan tidak mempengaruhi
rancangan yang hendak dilakukan oleh pelajar kecuali diminta berbuat demikian.
Berdasarkan kepada huraian ringkas yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa
hubungan antara pendekatan bimbingan yang digunakan oleh pembimbing dan
perkembangan pelajar boleh ditunjukkan seperti dalam Rajah 2.4.
38