Page 50 - Transformasi Praktikum IPG
P. 50

profesional.    Di  samping  itu juga  pembimbing boleh  memberi  penerangan  yang  terperinci
               dan memberikan sumber-sumber rujukan kepada pelajar.


                     c)    Membimbing dan Menunjuk Cara
               Pembimbing  boleh  menerangkan  berdasarkan  pandangan  profesional  dan  pengalaman

               yang  berguna  terhadap  sesuatu  perlakuan  dan  tindakan  pelajar.  Pembimbing  boleh  juga
               memberitahu, mencadang, menasihati dan mengesyorkan sesuatu kepada pelajar.


                      2.3.4 Pendekatan Bimbingan


               Bimbingan ditakrifkan sebagai bantuan yang diberikan kepada individu untuk membolehkan
               mereka  membuat  pilihan  berdasarkan  keupayaan  dan  kemampuannya,  serta  boleh

               membuat  keputusan  yang  bersesuaian  dengan  matlamat  yang  dikehendaki.  Sehubungan
               dengan itu pembimbing diharap dapat melaksanakan peranan dengan lebih efektif semasa
               pelajar menjalani praktikum.


               Tujuan  utama  bimbingan  ini  adalah  untuk  memberikan  pengetahuan,  kemahiran  dan

               kefahaman  kepada  pelajar.  Bimbingan  ini  boleh  dilihat  sebagai  aktiviti  yang  disengajakan
               bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dalam kalangan pelajar.





               Terdapat 4 pendekatan bimbingan yang boleh diaplikasikan oleh pembimbing. Pendekatan
               tersebut adalah;


                     i.       Pendekatan Bimbingan Tingkah Laku Terarah;
                     ii.      Pendekatan Bimbingan Tingkah Laku Terarah Bermaklumat;
                     iii.     Pendekatan Bimbingan Tingkah Laku Kolaboratif; dan

                    iv.       Pendekatan Bimbingan Tingkah Laku Tanpa Arahan.

               Berikut adalah huraian ringkas setiap pendekatan tersebut;


                     A)    Pendekatan Bimbingan Tingkah Laku Terarah

               Pendekatan  ini  memerlukan  pembimbing  mengambil  alih  pemasalahan  yang  dialami  oleh
               pelajar.  Pendekatan  ini  bertujuan  untuk  memindahkan  jangkaan  pembimbing  kepada
               pelajar. Namun penggunaan pendekatan ini sangat terbatas. Pendekatan bimbingan tingkah

               laku  terarah  hanya  dilaksanakan  jika  keadaan  sangat  memerlukan.  Pendekatan  ini

                                                           37
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55