Page 49 - Transformasi Praktikum IPG
P. 49

iv)   Kemahiran Komunikasi Fasilitator
               Antara kemahiran komunikasi fasilitator yang perlu dikuasai oleh pembimbing pula adalah

               seperti berikut;

                     a)    Dorongan

               Pembimbing sentiasa memberi sokongan, dorongan, harapan dan perhatian kepada pelajar.
               Dalam masa yang sama, pelajar juga boleh berkongsi maklumat dan berkongsi refleksi apa

               yang  difikirkan  sesuai.  Pembimbing  juga  perlu  sentiasa  melihat  kemajuan  dan  kekuatan
               yang ada pada pelajar.


                     b)    Memberi Keyakinan
               Pembimbing  memberi  maklum  balas  yang  positif  dan  membuat  provokasi  agar  pelajar

               sentiasa  berasa  selesa.  Pembimbing  juga  boleh  mengadakan  soal  jawab  untuk
               mendapatkan  penjelasan  dan  perincian.  Gunakan  kemahiran  refleksi  untuk  mendapatkan
               jawapan kepada isu-isu yang timbul.


                     c)    Membuat Penerokaan
               Pembimbing boleh bertanyakan soalan-soalan terbuka untuk;

                       •      menjana pilihan-pilihan dan peluang;
                       •      menilai kelebihan dan kelemahan sesuatu pandangan dan tindakan; dan

                       •      menyedari tentang kesan dari tindakan yang diambil.


                     v)    Kemahiran Komunikasi Autoritatif
               Seterusnya antara aspek kemahiran komunikasi autoritatif adalah seperti berikut;


                     a)    Membuat Maklum Balas
               Pembimbing  boleh  membuat  maklum  balas  terhadap  tindakan  yang  diambil.  Pembimbing
               juga  boleh  mencabar  persepsi  pelajar  secara  rasional.  Selain  itu  pembimbing  juga  boleh

               menerangkan  bagaimana  orang  lain  akan  membuat  persepsi  terhadap  tindakan  atau
               perlakuan yang dibuat.


                     b)    Memberitahu
               Pembimbing boleh memberi maklumat yang tertentu berkaitan dengan bidang yang sedang

               diselia. Pembimbing juga boleh menyatakan tentang persepsi pembimbing sendiri kepada
               pelajar.  Pembimbing  boleh  memberikan  pendapat  dan  menyatakan  pandangan  secara







                                                            36
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54