Page 38 - Transformasi Praktikum IPG
P. 38
berstruktur agar mencapai matlamat dalam masa dan tahap kualiti yang telah ditetapkan
secara konsisten.
Pementoran berstruktur memerlukan model pementoran yang terancang dari aspek strategi
perkembangan kompetensi mentor, pemindahan pengetahuan, penilaian, peta kurikulum
praktikum yang khusus, sumber dan alat bantu yang sesuai.
Kerangka Pementoran Berstruktur Berasaskan Kompetensi dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu input, proses dan hasil seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
Rajah 2. 1: Kerangka Bimbingan Praktikum
Sumber : Adaptasi daripada Model Bimbingan Praktikum, Syed Ismail Syed Mustapa,
Tesis Doktor Falsafah, UKM, 2014
Berdasarkan Rajah 2.1, pada peringkat input, terdapat lima kompetensi utama yang perlu
dikuasai oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing iaitu;
i. Kemahiran Penyeliaan Klinikal;
ii. Kemahiran Pemerhatian Bertema;
iii. Kemahiran Bimbingan Bertema;
iv. Kemahiran Refleksi; dan
25