Page 81 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 81
7.0 Rumusan
Melalui pembudayaan Nilai Teras P.O.I.S.E
yang diterapkan dalam penilaian prestasi mulai
tahun 2021 ini diharapkan dapat membentuk
budaya kerja yang berkualiti seiring dengan
pelaksanaan Pelan Transformasi UM 2021-
2030 dan Pelan Strategik UM 2021-2025.
Pembudayaan nilai ini akan melahirkan warga
kerja UM yang berketerampilan, berwawasan,
dinamik dan mempunyai minda kelas pertama
serta dapat memberikan sumbangan yang
signifikan dan berimpak tinggi kepada negara
dan global.
Dalam memacu kecemerlangan organisasi sudah pastinya
universiti memerlukan staf yang bukan sahaja cemerlang dan
berkualiti dalam menjalankan tugas seharian, malah turut memiliki 81
personaliti unggul dan mengamalkan nilai-nilai yang positif.
Universiti juga terus komited untuk menambah baik aspek
pembangunan modal insan melalui program yang berbentuk
insaniah dan kerohanian agar aspirasi ini dapat dicapai.
Menyedari staf merupakan perantara dalam memberikan
perkhidmatan secara langsung dan tidak langsung kepada semua
pemegang taruh, adalah menjadi hasrat Universiti agar dapat
melahirkan staf yang cemerlang. Pengurusan Prestasi Nilai Teras
P.O.I.S.E ini adalah secara menyeluruh untuk warga UM iaitu
Pengurusan Tertinggi UM, staf akademik, staf eksekutif dan staf
operasi.
Penambahbaikan yang dilakukan ini disambut baik, dihayati dan
diaplikasikan secara kolektif oleh seluruh warga UM. Komitmen
semua peringkat staf adalah sangat penting dalam memastikan
kejayaan Pelan Transformasi UM 2021-2030 dan Pelan Strategik
UM 2021-2025 melalui pembudayaan nilai teras iaitu Kesungguhan
(Passion), Perpaduan (Oneness), Integriti (Integrity), Keikhlasan
(Sincerity) Empati (Empathy) (P.O.I.S.E).
Pengurusan Prestasi Nilai Teras P.O.I.S.E yang dibangunkan ini,
diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada
Universiti Awam (UA) lain, badan berkanun, agensi pusat seperti
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT).