Page 77 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 77
Penambahbaikan sistem dilakukan berdasarkan keputusan dan maklum
balas yang diperoleh dari sesi pengujian bagi memastikan sistem berfungsi
secara optimum.
Sistem yang telah dibangunkan adalah fleksibel dan mesra pengguna.
Contohnya, paparan dokumen rujukan seperti maklumat NTP sentiasa
tersedia untuk dirujuk pada bila-bila masa. Maklumat tersebut boleh
diperoleh dengan menekan ikon info .
Komponen dan fungsi utama sistem adalah seperti berikut:
1) Penetapan Skala dan Item P.O.I.S.E
Pentadbir sistem menetapkan skala dan item P.O.I.S.E.
2) Cadangan Penetapan Kluster dan Pemegang Taruh oleh PYD
PYD boleh menamakan bilangan pemegang taruh minimum tujuh (7)
hingga maksimum dua belas (12) orang penilai.
3) Pemilihan Pemegang Taruh
a) Sistem Penilaian Prestasi merupakan salah satu modul di bawah
Sistem Maklumat Sumber Manusia (iHRIS). Data staf adalah
merujuk kepada sistem ini dan turut diintegrasikan dengan sistem
lain seperti Sistem Maklumat Pelajar (UMSItS) dan Single Sign 77
On Portal (SSO). Penetapan pemegang taruh adalah berdasarkan
kepada sumber data iHRIS dan UMSItS.
b) Sistem memilih pemegang taruh secara rawak (automatik) dalam
kalangan senarai penilai yang dinamakan oleh PYD.
c) Platform penilaian adalah seperti berikut:
Bil. Kluster Platform
1. Pengurusan Portal Staf (UMPORTAL)
2. Rakan Sekerja Portal Staf (UMPORTAL)
3. Pelajar E-mel
4. Pelanggan Dalam Portal Staf (UMPORTAL)
5. Pelanggan Luar E-mel
4) Penilaian oleh Pemegang Taruh
Pemegang taruh yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel.
Penilaian oleh pemegang taruh dalam kalangan staf UM menggunakan
UMPortal manakala bagi kluster pelajar dan pelanggan luar, penilaian
dilaksanakan dengan menggunakan portal yang berasingan iaitu
UMExternal.