Page 75 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 75
6.0 Pembangunan Sistem
Pembangunan sistem merupakan antara bahagian
penting dalam pelaksanaan Sistem Penilaian
Prestasi. Mulai tahun 2021, sistem berkenaan
telah ditambah baik dengan memasukkan elemen
P.O.I.S.E dalam komponen penilaian.
Aktiviti pembangunan sistem dimulakan secara berperingkat oleh
Pusat Teknologi Maklumat (PTM) sekitar April 2021 sehinggalah Sistem
Penilaian Prestasi baharu ini dilancarkan pada 1 Jun 2021 kepada
seluruh staf UM. Penambahbaikan berterusan dilaksanakan dari
semasa ke semasa berdasarkan input dan maklum balas yang diterima
daripada pelbagai pemegang taruh dan staf.
Aspek penting dalam pembangunan sistem adalah mendapatkan
spesifikasi keperluan pengguna (user requirements) seperti berikut:
1) Agihan pemberatan penilaian
2) Skala dan rubrik pemarkahan 75
3) Item P.O.I.S.E
4) Kategori kluster pemegang taruh
5) Proses penamaan penilai dan pemilihan pemegang taruh
6) Penilaian P.O.I.S.E
7) Pelaporan dan statistik pencapaian berdasarkan elemen P.O.I.S.E
Pembangunan Sistem Penilaian Prestasi berasaskan NTP P.O.I.S.E
merangkumi aktiviti berikut:
1) Analisis keperluan pengguna
2) Reka bentuk, pembangunan dan pengujian sistem
3) Ujian penerimaan pengguna (User Acceptance Test)
4) Ujian keselamatan sistem
5) Pelancaran sistem