Page 71 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 71

Jadual 5.7: Ringkasan akhir item Nilai Teras P.O.I.S.E

                Bil.  Elemen        Item kekal          Jumlah     Item gugur                    Jumlah item
                                                       item gugur                                   gugur
                1    Passion (P)    Q1, Q5, Q7             3       Q2, Q3, Q4, Q6                     4
                2    Oneness (O)    Q8, Q9, Q10            3       Q11, Q12, Q13, Q14, Q15            5
                3    Integrity (I)  Q18, Q19, Q21          3       Q16, Q17, Q20, Q22, Q23            5
                4    Sincerity (S)  Q27, Q28, Q30          3       Q24, Q25, Q26, Q29                 4
                5    Empathy (E)    Q34, Q35, Q36          3       Q31, Q32, Q33                      3
                     Jumlah keseluruhan                    15                                        21

                                               Berdasarkan kajian ini, boleh disimpulkan bahawa nilai kesahan dan
                                               kebolehpercayaan merupakan faktor penting bagi suatu instrumen
                                               yang dibangunkan.  Implikasi kajian ini dapat membantu TF11 dalam
                                               menghasilkan instrumen yang berkualiti untuk menilai Nilai Teras P.O.I.S.E
                                               (NTP) dalam kalangan staf UM.  Ujian kebolehpercayaan yang dijalankan
                                               membuktikan item yang diuji dapat mengukur dimensi yang dikehendaki.

                                               Berdasarkan Analisis Rasch Model TF11 mencadangkan supaya 15
                                               item berikut dipilih iaitu:
                                                                                                                    71
                NO.                                        PENYATAAN
                 1.   Pegawai sentiasa berusaha bagi mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kerja.
                 2.   Pegawai bersedia mencuba dan menerokai perkara atau peluang baharu seiring dengan kehendak
                      organisasi.
                 3.   Pegawai berupaya menggembleng segala sumber seperti kewangan, tenaga manusia, peralatan dan
                      maklumat bagi mengendalikan sesuatu tugas untuk mencapai objektif organisasi.
                 4.   Pegawai berkebolehan untuk menyampaikan maksud, pendapat, kefahaman atau arahan berkaitan
                      dengan bidang tugas..
                 5.   Pegawai sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada orang lain tanpa mengira pangkat.
                 6.   Pegawai menghayati semangat kerja berpasukan dengan sentiasa mengambil bahagian dalam
                      setiap tugasan berkumpulan.
                 7.   Pegawai seorang yang amanah dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
                 8.   Pegawai sentiasa menjauhkan diri dari sebarang sifat yang boleh mendatangkan kemudaratan
                      kepada organisasi.
                 9.   Pegawai sentiasa mematuhi peraturan termasuk menepati masa.
                 10.  Pegawai sentiasa melaksanakan tugas dengan telus.
                 11.  Pegawai bersifat terbuka serta tidak menyembunyikan sebarang fakta selagi ia tidak mendatangkan
                      kemudaratan kepada organisasi.
                 12.  Pegawai sentiasa bersedia memberi maklum balas apabila diperlukan.
                 13.  Pegawai boleh menerima kelemahan serta kekurangan orang lain dengan seadanya.
                 14.  Pegawai bersedia menghulurkan bantuan tanpa menunggu orang lain meminta terlebih dahulu dan
                      boleh bertindak sebagai pemudah cara apabila diperlukan.
                 15.  Pegawai sentiasa mengambil peduli akan perubahan emosi, tingkah laku dan sedar akan perasaan
                      serta keperluan orang lain di sekelilingnya.
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76