Page 69 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 69
5.2 Kebolehpercayaan, Pengasingan
Responden dan Item
Bacaan nilai kebolehpercayaan responden (0.97) dalam Jadual 5.6
menunjukkan konsistensi responden dalam menjawab instrumen berada
pada tahap tinggi (Bond & Fox, 2015). Dapatan ini menunjukkan responden
sangat konsisten menjawab instrumen walaupun diuji beberapa kali.
Manakala, nilai pengasingan responden (3.59) adalah cemerlang dan
menunjukkan responden boleh diasingkan kepada empat tahap yang
berbeza. Nilai pengasingan responden ini menunjukkan bahawa instrumen
cukup sensitif untuk membezakan antara individu yang mempunyai tahap
berprestasi berbeza (Engelhard & Wind, 2019).
Sementara itu, indeks kebolehpercayaan item (0.81) turut menunjukkan
aras konsistensi item berada pada tahap yang baik walaupun diuji dalam
kelompok yang berbeza (Jadual 5.5). Nilai pengasingan item (2.09)
menunjukkan instrumen NTP mampu mengkategorikan item kepada
dua kumpulan iaitu kumpulan mudah dan kumpulan sederhana dengan
tiada item sukar diuji. Kedua-dua nilai pengasingan responden dan item
menunjukkan nilai yang baik kerana mempunyai bacaan melebihi 2.0.
69
Jadual 5.6: Nilai Kebolehpercayaan dan Pengasingan Responden
dan Item bagi Konstruk Instrumen Kajian Rintis
Nilai Kebolehpercayaan Nilai Pengasingan
Responden 0.97 3.59
Item 0.81 2.09
5.3 Perbincangan dan Rumusan
Berdasarkan hasil dapatan kajian rintis yang dijalankan, 15 item telah
dikekalkan. Sebanyak 21 item yang tidak menepati kehendak analisis
yang ditetapkan telah digugurkan. Ringkasan keseluruhan item adalah
seperti di Jadual 5.7.