Page 65 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 65
Penelitian skala penarafan adalah penting untuk menyemak kemungkinan
perlunya dilakukan pengubahsuaian skala (Bond dan Fox, 2015).
Semakan terhadap skala penarafan yang digunakan dalam instrumen
NTP (Sangat Tidak Memuaskan, Tidak Memuaskan, Agak Memuaskan,
Memuaskan, Sangat Memuaskan) dijalankan dengan melakukan kalibrasi
skala yang merupakan keunikan Model pengukuran Rasch. Daripada
analisis tersebut, data empirikal yang menunjukkan bagaimana responden
memaksimumkan setiap skala dalam instrumen boleh dikenal pasti
sekali gus dapat melihat kemampuan dan kefahaman responden untuk
membezakan setiap skala dalam intrumen NTP. Terdapat enam kriteria
semakan ke atas kefungsian skala penarafan (Kreijns et al., 2020) iaitu:
1. Sekurang-kurangnya terdapat 10 pemerhatian bagi setiap kategori
2. Nilai purata pemerhatian mesti meningkat secara monotonik
(seragam)
3. Nilai threshold mesti meningkat secara monotik apabila kategori
meningkat
4. Nilai Outfit MNSQ kurang daripada 2.00
5. Jarak antara kategori dengan kategori bersebelahan berada di
antara 1.4 logit dan 5.00 logit
6. Lengkuk kebarangkalian kategori menunjukkan puncak yang 65
ketara
Jadual 5.4: Struktur skala penarafan
Skala Frekuensi Nilai purata Outfit Andrich
kategori pemerhatian pemerhatian MNSQ threshold
2 5 - 2.69 0.78 None
3 61 0.34 1.39 - 4.04
4 182 2.35 0.84 - 0.17
5 347 5.65 0.87 4.21
Dapatan menjelaskan bahawa hanya skala 2,3,4 dan 5 sahaja dipilih oleh
responden dan tiada frekuensi bagi skala 1. Purata pemerhatian setiap
kategori didapati meningkat secara seragam dengan skala kategori.
Nilai outfit MNSQ bagi setiap kategori juga adalah kurang daripada 2.00.
Selain itu, jarak antara kategori (Andrich threshold) berada dalam julat
3.87 logit hingga 4.38 logit (Jadual 5.5). Peningkatan nilai jarak antara
kategori yang baik tersebut dapat dilihat melalui bentuk puncak yang jelas
seperti dalam Rajah 5.1. Berdasarkan Jadual 5.4, kefungsian bagi skala
penarafan instrumen NTP telah memenuhi lima daripada enam kriteria
yang disenaraikan.