Page 63 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 63
Bagi melihat keserasian item, TF11 membuat semakan nilai outfit MNSQ
bagi semua item. Nilai outfit MNSQ merupakan nilai kepekaan terhadap
kesukaran item. Pada peringkat ini, sepuluh item perlu dikeluarkan kerana
tidak memenuhi nilai outfit MNSQ. Statistik outfit MNSQ dengan julat
0.5 hingga 1.5 adalah nilai julat yang sering digunakan untuk skala rating
analisis Rasch. Nilai outfit ini berdasarkan rujukan kepada Bond dan Fox,
(2015). Jumlah item yang tinggal adalah sebanyak 26 item.
Seterusnya, analisis polariti item disemak bagi melihat semua item
bergerak dalam satu arah. Dapatan menunjukkan bacaan PTMEA CORR
(PT Measure Corr) bagi kesemua 26 item adalah positif. Ini menunjukkan
bahawa kesemua item yang masih kekal mengukur dimensi yang terlibat
(Bond & Fox, 2015).
Terdapat beberapa item telah disingkirkan apabila semakan nilai logit
pengukuran (Measure) dijalankan. Terdapat beberapa kelompok item yang
didapati bertindih dan mempunyai aras kesukaran yang sama atau tidak jauh
berbeza. Maka, TF11 menyingkirkan item tersebut jika item didapati item
menguji konstruk yang sama. Selain itu, terdapat juga item yang disingkirkan
kerana mempunyai nilai standard error (Model S.E) yang agak tinggi. Hasil
daripada penyingkiran yang dilakukan, sebanyak 15 item NTP telah dikekalkan.
63
5.1 Unidimensionality dan Analisis Skala
Penarafan
Unidimensionality menunjukkan bahawa instrumen mengukur apa yang
sepatutnya diukur (Abdaziz et al., 2014). Berdasarkan Jadual 5.3, dapatan
akhir NTP menunjukkan ukuran unidimensionality yang baik. Instrumen
didapati dapat mengukur 64.3 varians pembolehubah. Hal ini membuktikan
bahawa instrumen ini mengukur hanya satu dimensi apabila nilai varians
mentah dijelaskan oleh pengukuran adalah melebihi 40% dengan tahap
gangguan yang dibenarkan 15% (Fisher, 2007). Nilai gangguan item
hanyalah pada kadar 6.4%.
Jadual 5.3: Piawaian Residual Varians (dalam Eigenvalue unit)
Deskripsi Empirikal (%) Model (%)
Varians mentah dijelaskan oleh 64.3% 63.8%
pengukuran
Varians mentah yang tidak dijelaskan 6.4%
dalam kontras pertama