Page 59 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 59
NO. PENYATAAN
26. Pegawai sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas tanpa mengharapkan sebarang balasan atau
ganjaran.
27. Pegawai sentiasa melaksanakan tugas dengan telus.
28. Pegawai bersifat terbuka serta tidak menyembunyikan sebarang fakta selagi ia tidak mendatangkan
kemudaratan kepada organisasi.
29. Pegawai tidak berpura-pura dalam melaksanakan tugas harian.
30. Pegawai sentiasa bersedia memberi maklum balas apabila diperlukan.
31. Pegawai sentiasa berusaha untuk menyelesaikan tugas/urusan dalam tempoh yang ditetapkan.
32. Pegawai sentiasa bersedia menjadi pendengar yang baik jika diperlukan.
33. Pegawai sentiasa menyokong dan memberi dorongan terhadap perubahan positif kepada semua
pihak.
34. Pegawai boleh menerima kelemahan serta kekurangan orang lain dengan seadanya.
35. Pegawai bersedia menghulurkan bantuan tanpa menunggu orang lain meminta terlebih dahulu dan
boleh bertindak sebagai pemudah cara apabila diperlukan.
36. Pegawai sentiasa mengambil peduli akan perubahan emosi, tingkah laku dan sedar akan perasaan
serta keperluan orang lain di sekelilingnya.
Berdasarkan kepada instrumen ini, TF11 telah mendapatkan kesahan 59
pakar dari aspek kesahan kandungan dan juga kesahan bahasa.
Kesahan kandungan itu diperoleh daripada pakar dalam bidang Sumber
Manusia yang terdiri dalam kalangan ahli akademik dan kumpulan
profesional. Selain itu bagi mendapat kesahan kesesuaian item ini
terhadap staf dan konteks budaya kerja di Universiti Malaya, pihak
kesatuan kakitangan Universiti Malaya yang terdiri dari PKAUM, KKAUM
dan PEKERTI juga dilibatkan. Manakala daripada aspek kesahan
bahasa, TF11 telah mendapat pandangan daripada pakar bahasa dari
Fakulti Bahasa dan Linguistik dan dari Fakulti Pendidikan.
Seterusnya bagi tujuan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan
terhadap item NTP, TF11 telah menjalankan kutipan data yang
melibatkan 10 orang responden bagi mewakili kumpulan Pegawai
Yang Dinilai (PYD). Responden terdiri daripada 3 staf akademik dalam
bidang Sains, Bukan Sains dan Klinikal, 3 staf eksekutif dari Skim N,W
dan J dan 4 staf operasi dari Skim N,F dan J
Kumpulan Pegawai Yang Dinilai (PYD)
Akademik (n=3) Eksekutif (n=3) Operasi (n=4)
• Sains Skim N, W dan J Skim N, F dan J
• Bukan Sains
• Klinikal