Page 57 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 57
NTP yang dibangunkan mengandungi 36 item yang mewakili lima
elemen iaitu Passion (7 item), Oneness (8 item), Integrity (8 item),
Sincerity (7 item) dan Empathy (6 item).
Instrumen yang telah dibangunkan dengan 36 item
NO. PENYATAAN
1. Pegawai sentiasa berusaha bagi mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kerja.
2. Pegawai sentiasa berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
berkaitan tugasan.
3. Pegawai sentiasa memberikan sokongan kepada pihak Pengurusan Universiti ke arah pencapaian
misi dan visi organisasi.
4. Pegawai sentiasa mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugasan harian.
5. Pegawai bersedia mencuba dan menerokai perkara atau peluang baharu seiring dengan kehendak
organisasi.
6. Pegawai berkebolehan mengeluarkan idea baharu bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi.
7. Pegawai berupaya menggembleng segala sumber seperti kewangan, tenaga manusia, peralatan
dan maklumat bagi mengendalikan sesuatu tugas untuk mencapai objektif organisasi.
8. Pegawai berkebolehan untuk menyampaikan maksud, pendapat, kefahaman atau arahan berkaitan
dengan bidang tugas. 57
9. Pegawai sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada orang lain tanpa mengira pangkat.
10. Pegawai menghayati semangat kerja berpasukan dengan sentiasa mengambil bahagian dalam
setiap tugasan berkumpulan.
11. Pegawai sentiasa bersedia membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah apabila diperlukan.
12. Pegawai berkebolehan untuk mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni.
13. Pegawai berkebolehan untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
14. Pegawai berkebolehan untuk menerima pandangan, kepelbagaian dan keunikan orang lain.
15. Pegawai sentiasa menghargai orang lain.
16. Pegawai seorang yang jujur dalam menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sempurna
mengikut tatacara dan prosedur yang ditetapkan.
17. Pegawai sentiasa meletakkan kepentingan organisasi melebihi kepentingan individu/diri sendiri
dalam menjalankan tugasannya.
18. Pegawai seorang yang amanah dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
19. Pegawai sentiasa menjauhkan diri dari sebarang sifat yang boleh mendatangkan kemudaratan
kepada organisasi.
20. Pegawai sentiasa bersedia mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap tugasan yang
diberikan.
21. Pegawai sentiasa mematuhi peraturan termasuk menepati masa.
22. Pegawai mempunyai daya kawal diri dengan baik.
23. Pegawai sentiasa menghayati nilai-nilai murni organisasi semasa menjalankan tugasan harian.
24. Pegawai sentiasa menghormati orang lain melalui tingkah laku dan tutur kata yang baik, sopan
serta menenangkan semasa menjalankan tugas.
25. Pegawai sentiasa mempamerkan kejujuran dalam melaksanakan tugasan harian.