Page 19 - KPKM
P. 19

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |       18




         SESI LIBAT URUS BERSAMA PENTERNAK BABI MENGENAI MASALAH PEREBAKAN WABAK
         PENYAKIT AFRICAN SWINE FEVER (ASF) DAN CADANGAN PENYELESAIAN

         Penyakit African Swine Fever, ASF merupakan penyakit rentas sempadan (transboundary animal
         diseases) (TADs) berkepentingan ekonomi yang menjangkiti ternakan babi domestik dan babi hutan.
         Penyakit sangat cepat merebak dan boleh menyebabkan sehingga 100% kematian pada babi yang
         dijangkiti.

         Kebanyakan negara di Asia telah dilanda wabak ASF sejak 3 Ogos 2018 yang bermula di China. Dalam
         tempoh setahun, ASF telah disahkan merebak ke 10 buah negara lain di benua Asia seperti Thailand,
         Vietnam dan beberapa negara lain. Semenjak itu, Malaysia telah menjalankan langkah-langkah
         pencegahan melalui kempen kesedaran awam, kerjasama inter-agensi dalam menguatkuasakan
         larangan import babi dan produk babi dari negara berisiko ASF dan mengetatkan kawalan masuk babi
         dan produk babi di pintu masuk negara.

         Walaupun langkah-langkah pencegahan yang agresif telah diambil semenjak bulan Disember 2018,
         kejadian ASF telah dikesan di Sabah pada 8 Februari 2021 dan menjadi kes pertama ASF di negara ini.
         Kemudiannya, ASF dikesan dalam babi hutan di Bidor, Perak pada 5 Disember 2021. Akhirnya pada 20
         Disember 2022 Penyakit ASF telah disahkan berlaku dalam babi komersil di Melaka, Perak, Pulau Pinang,
         pahang dan Johor. Ini telah menyebabkan banyak ladang-ladang babi komersial terpaksa ditutup dan
         ternakan terpaksa dilupuskan.

         Sekiranya wabak ASF tidak dikekang dengan pantas dan berkesan, penularan penyakit ini akan
         melumpuhkan ekonomi industri penternakan babi yang bernilai sekitar RM3 bilion. Ini akan memberi
         impak ekonomi yang besar dan menjejaskan jaminan bekalan makanan berasaskan haiwan dalam
         negara. Apabila berlaku kekurangan sumber daging babi, rakyat akan beralih kepada sumber-sumber
         protein yang lain seperti daging ayam dan ruminan. Ini akan menyebabkan berlakunya lonjakan harga
         daging ayam dan ruminan di pasaran akibat kekurangan bekalan daging babi.
         Bagi mengekang rebakan penyakit ASF, tindakan kawalan dan pembasmian penyakit yang berkesan
         perlu dilaksanakan dengan pantas dan bersistematik. KPKM melalui DVS telah melaksanakan intervensi
         melalui polisi kawalan dan pembasmian ASF secara ‘stamping out’ mengikut Protokol Veterinar Malaysia
         (PVM) bagi penyakit ASF dan mematuhi garis panduan Akta Kebajikan Haiwan 2015.


         Susulan daripada itu, beberapa sesi libat urus dengan para penternak babi yang terkesan dengan
         serangan wabak penyakit ASF telah diadakan pada tarikh seperti berikut:
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24