Page 21 - KPKM
P. 21
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 20
SESI LIBAT URUS BERKAITAN ISU AYAM DAN TELUR
a. SESI LIBAT URUS SESI LIBAT URUS BEKALAN AYAM DAN TELUR DI MUSIM PERAYAAN
Tarikh : 15 April 2023
Tempat : Bilik Gerakan, Aras 7, Wisma Tani.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha KPKM
dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KPKM bersama penternak, pemborong, peruncit dan
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM). Sebanyak 17 buah syarikat terdiri
daripada penternak, pemborong dan peruncit yang menghadiri sesi libat urus ini antaranya Lay Hong
Berhad, Huat Lai Resources, Dindings Tyson, Mydin, AEON, Econsave dan Lotus.
Tujuan sesi libat urus ini diadakan bagi mendapatkan semua pandangan dan jaminan daripada semua
pemegang taruh dalam rantaian industri ayam dan telur bagi memastikan bekalan ayam dan telur
adalah mencukupi bagi musim perayaan kelak. Dalam masa yang sama, mesyuarat turut menyusun
gerak kerja melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membekalkan ayam
dan telur segera ke lokasi yang berhadapan dengan isu kekurangan bekalan ayam dan telur.