Page 26 - KPKM
P. 26
25 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
PROJEK KHAS PERUMAHAN NELAYAN (PKPN)
Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) adalah program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk memberi
bantuan kepada nelayan yang berpendapatan rendah dengan membantu mereka membaik pulih,
membina rumah baru dan membangun penempatan semula bagi nelayan. Tujuan utama PKPN ini
adalah untuk memberi kesejahteraan kepada keluarga nelayan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
PKPN ini terdiri daripada tiga (3) komponen utama iaitu baik pulih rumah nelayan, bina rumah baru
nelayan dan Penempatan Semula Nelayan (PSN).
Untuk program bina rumah baru nelayan, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan untuk
membina rumah di setiap lokasi dengan kos maksimum RM70,000 sebuah bagi Semenanjung dan
RM90,000 sebuah bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam usaha memastikan
kejayaan pelaksanaan program ini, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang berkaitan telah dilantik
sebagai Peneraju Projek berdasarkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Satu lawatan kerja ke PSN Pangkor yang diketuai oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha
telah diadakan pada 7 hingga 8 April 2023. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah LKIM, pegawai
pengurusan tertinggi Kementerian, Jabatan/Agensi di bawah KPKM dan Kerajaan Negeri.
Lawatan ini melibatkan 4 lokasi projek/program yang berkaitan Kementerian iaitu PSN Teluk Baharu, PSN
Pasir Bogak, cadangan pembangunan semula Kompleks Terminal Jeti Penumpang dan Kargo Pulau
Pangkor serta Pusat Jualan Bersubsidi Diesel PNK Pangkor. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memantau
pelaksanaan projek/program dan mengenal pasti masalah dan cabaran yang dihadapi.
Lawatan ke Jeti Penumpang dan Terminal Kargo, Pangkor. Lawatan ke Pusat Jualan Diesel Bersubsidi PNK Pangkor.