Page 28 - KPKM
P. 28
27 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
INDUSTRI PADI (BPIP)
OBJEKTIF BAHAGIAN
a. Memastikan pengeluaran beras dalam negara sekurang-kurangnya 75 peratus tahap sara diri
(SSL);
b. Memastikan bekalan beras kepada pengguna mencukupi, bermutu dan mudah diperoleh
pada harga yang stabil dan berpatutan pada setiap masa;
c. Memastikan petani mendapat pulangan yang setimpal dan munasabah di atas usaha
mereka; dan
d. Menggalakkan kemajuan industri padi dan beras serta industri berasaskan padi dan beras.
FUNGSI BAHAGIAN
a. Memantau prestasi program dan projek pembangunan daripada segi kewangan dan fizikal di
Bahagian/Jabatan/Agensi;
b. Menilai impak dan outcome program/projek pembangunan Bahagian/Jabatan/Agensi;
c. Merancang dan menyelaras perkara berkaitan peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun di
bawah Kementerian dengan agensi pusat iaitu Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Kementerian Kewangan (MOF);
d. Focal point bagi penyelarasan siling, maklumat dan skop projek pembangunan Kementerian;
e. Mengurus pelaksanaan dan mengemaskini maklumat program/projek Bahagian/Jabatan/
Agensi di dalam laporan sistem MyProjek; dan
f. Menjadi urusetia kepada :
• Jawatankuasa Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK);
• Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK).
• Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO);
• Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah Persekutuan (JPPT);
• Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Ruang Bangunan (JPTRB);
• Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP); dan
• Jawatankuasa Tuntutan Loss and Expense Tender Kerja.
• Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Projek Fizikal KPKM (JTPPFK).
PENGELUARAN PADI JUMLAH KASAR JUMLAH BERSIH PERATUS PEMUTUAN
DAN BERAS 2023 2,175,149 TM 1,503,151 TM 19.63%